• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bersama Rakyat Besar Ertinya Buat Saya” – Agong

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, mengakui bahawa kesempatan bersama rakyat dalam pelbagai program adalah sesuatu yang amat besar ertinya kepada baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah menghadiri program seperti berbuka puasa dan pengurniaan bantuan kepada golongan yang memerlukan juga merupakan amalan keluarga yang sudah dilakukan sejak zaman Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Paduka ayahanda saya yang meletakkan amalan sedemikian kepada semua (anggota keluarga) dengan prinsip kalau dapat, kita mahu tingkatkan silaturahim antara raja dengan setiap lapisan rakyat.

“Sepanjang hayatnya, almarhum paduka ayahanda banyak melakukan pelbagai program bersama rakyat dan ini adalah legasi yang akan saya teruskan berpaksikan kepada prinsip raja dan rakyat berpisah tiada,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan yang Memerlukan di Masjid Sultan Ahmad 1 di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dan barisan kepimpinan kerajaan negeri Pahang.

Al-Sultan Abdullah juga bertitah mengingatkan mereka yang layak untuk menjelaskan zakat perniagaan supaya melaksanakan tanggungjawab itu dan manzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sudah melakukannya.

“Antara hikmat zakat ialah untuk mengurangkan golongan fakir dan miskin serta merapatkan jurang perbezaan antara mereka yang berada dengan yang kurang bernasib baik,” titah baginda.

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah juga berkenan menerima penyerahan zakat perniagaan daripada sembilan badan korporat di Pahang berjumlah RM9.4 juta, antaranya daripada Tabung Haji bernilai RM4.59 juta, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) (RM2.38 juta) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (RM760,158).

Turut menyerahkan zakat ialah Etiqa Family and General Takaful Berhad (RM543,500), Bank Islam Malaysia Berhad (RM364,699), Agrobank (RM275,500), Bank Muamalat Malaysia Berhad (RM247,806), Angkasa Pahang Zon 1 (RM161,880) dan Celcom Axiata Malaysia Berhad (RM114,210).

Tags: Al-Sultan AbdullahRakyatYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Tanggung Hutang 1MDB? Akmal Saleh Kongsi Semula Kenyataan Shafee

Rakyat Tanggung Hutang 1MDB? Akmal Saleh Kongsi Semula Kenyataan Shafee

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan pihak yang sering mendakwa rakyat terpaksa menanggung hutang...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd