• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Berbuka Puasa, AJK Kuil Tidak Dimaklumkan

oleh AK-47
30/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jawatankuasa Gurdwara Sahib Johor Bahru menegaskan pihaknya langsung tidak dimaklumkan mengenai penganjuran Majlis Iftar Muhibbah Bersama Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, semalam.

Pengerusinya, Manjit Singh berkata, majlis tersebut dirancang oleh salah seorang ahli biasa Gurdwara Sahib Johor Bahru dan tidak membabitkan sebarang ahli jawatankuasa kuil Sikh itu.

“Malah tiada sebarang jemputan mengenai majlis berbuka puasa bersama Ahli Parlimen Johor Bahru itu dipanjangkan kepada ahli jawatankuasa mahupun ahli Gurdwara Sahib Johor Bahru.

“Tiada sebarang surat rasmi mengenai penganjuran majlis berbuka puasa bersama Ahli Parlimen Johor Bahru itu dikemukakan kepada pihak jawatankuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Manjit berkata, pihak Jawatankuasa Gurdwara Sahib Johor Bahru turut ingin menegaskan bahawa pihaknya tidak terbabit dalam sebarang penganjuran mahupun perbelanjaan majlis tersebut.

“Ahli biasa itu hanya memaklumkan mengenai satu majlis akan diadakan pada 29 Mei 2019 bertempat di Dewan Makan kepada dirinya pada Ahad lalu.

“Pihak jawatankuasa Gurdwara Sahib Johor Bahru amat kesal dengan perkara ini kerana ia telah mengundang pelbagai persoalan dan perkara ini amat sensitif,” katanya.

Beliau berkata, “Gurdwara Sahib Johor Bahru sentiasa mengalu-alukan kehadiran masyarakat pelbagai bangsa dan agama, namun jawatankuasa akan memastikan sebarang program dianjurkan melibatkan kehadiran agama atau bangsa lain, dirujuk kepada pihak atau jabatan berkaitan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Akmal Nasrullahbuka puasaGurdwara SahibIftar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Ekonomi Ada ‘Plan Baru’ Untuk PADU?

Menteri Ekonomi Ada ‘Plan Baru’ Untuk PADU?

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Mohd Akmal Nasrullah Mohd Nasir memberi bayangan wujud perancangan baharu bagi memperkukuh Sistem Pangkalan Data...

Akmal Nasrullah Berdepan 3 Saingan Di Johor Bahru

Akmal Nasrullah Berdepan 3 Saingan Di Johor Bahru

05/11/2022
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berdepan tiga saingan di Parlimen Johor Bahru...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd