• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akmal Tetap Iftar Di Gurdwara Sahib Biarpun Dikritik

oleh
29/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir tetap meneruskan rancangannya berbuka puasa di Gurdwara Sahib, biarpun dikritik dan dibantah ramai pihak.

Akmal dilihat tiba di Majlis Iftar Muhibbah itu pada pukul 6.46 petang dan disambut oleh Presiden Gurdwara Sahib Johor Bahru, Manjit Singh Rakmu.

Selain masyarakat Sikh, majlis itu turut disertai kira-kira 250 komuniti dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan jemaah Masjid India Muslim Johor Bahru yang kemudian duduk di 30 buah meja panjang yang disediakan untuk berbuka.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Naib Presiden MACMA, Mohd Shaiful Choo dan Timbalan Pengerusi Masjid India Muslim Johor Bahru, Muhyidin Hamid.

Ditemui pemberita dalam program itu, Akmal berkata pihaknya sedar majlis tersebut mendapat kecaman hebat di media sosial namun tetap memilih untuk meneruskannya kerana menyifatkan tujuan penganjurannya adalah baik dan positif.

“Bagi saya, ini adalah sekadar langkah kecil untuk kita saling memahami dan menghormati sesama sendiri terutama sekali apabila polemik perkauman sering dimainkan oleh pihak tertentu.

“…dan ini mungkin juga adalah cabaran besar kepada mana-mana pihak yang mahu mengangkat pemahaman atau pun sikap saling hormat menghormati antara budaya dan komuniti yang berbeza,” katanya.

Awal hari ini, Akmal dikritik hebat oleh netizen di laman sosial susulan jemputan untuk majlis itu ditularkan oleh pemilik akaun Facebook bernama “OpsJohor”.

Antara yang lantang mengecam ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Mohd Hairi Mad Shah yang menyifatkan tindakan itu seakan menunjukkan Akmal tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Bagaimanapun, dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya, Akmal mempertahankan langkahnya itu dengan menyenaraikan beberapa alasan termasuk menyatakan ini bukanlah kali pertama dirinya berbuka puasa di sebuah gurdwara.

Selain itu, beliau menegaskan merujuk perkara terbabit kepada mereka yang pernah menghadapi situasi sama.

Tags: Akmal NasrullahAMKGurdwara SahibIftarPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Ekonomi Ada ‘Plan Baru’ Untuk PADU?

Menteri Ekonomi Ada ‘Plan Baru’ Untuk PADU?

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Mohd Akmal Nasrullah Mohd Nasir memberi bayangan wujud perancangan baharu bagi memperkukuh Sistem Pangkalan Data...

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd