• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Terkejut Mengetahui Duit Masuk Akaun Peribadi

oleh
29/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kelihatan terkejut selepas mengetahui terdapat transaksi kemasukan wang daripada akaun syarikat Ihsan Perdana Sdn. Bhd. ke dalam akaun AmPrivate Banking-1MY miliknya.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman ketika memberi keterangan dalam perbicaraan hari ke-20 melibatkan bekas Perdana Menteri itu berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.

Menurut Dr. Shamsul Anwar, beliau melihat reaksi begitu di raut wajah Ahli Parlimen Pekan itu dalam satu pertemuan di kediamannya di Langgak Duta selepas beliau dibebaskan daripada reman.

Saksi pendakwaan ke-37 itu pernah ditahan reman selama lima hari pada tahun 2015 bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Dalam pertemuan itu, saya bercerita tentang tahanan reman dan soal siasat oleh SPRM terhadap saya.

“Beliau kelihatan terkejut dan kecewa selepas mengetahui seseorang memasukkan wang ke akaunnya. Beliau tidak tahu siapa yang masukkan wang itu dan kenapa ia dilakukan melalui syarikat saya (Ihsan Perdana),” katanya ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib ketika pemeriksaan balas.

Saksi turut mengulangi keterangan sama ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi bahawa bekas Presiden UMNO itu benar-benar terkejut selepas mengetahui perkara (transaksi) tersebut.

Biarpun begitu, saksi mengakui Najib tidak memintanya membuat sebarang laporan polis atau kepada SPRM berhubung perkara tersebut.

Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC.

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd