• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Aidilfitri Sunyi Tanpa Muhammad Adib”

oleh
27/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sambutan hari raya tanpa kehadiran anak tercinta pasti sangat dirasai oleh keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada tahun ini.

Ayahnya, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata, persediaan raya pada tahun ini berjalan seperti biasa namun sunyi tanpa kehadiran anak keduanya itu.

“Dulu ramai, sekarang ni dah berkurangan, jadi sunyi la sikit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini, hari ini.

Menurutnya, Muhammad Adib akan pulang ke kampung setiap kali Aidilfitri untuk menyambutnya bersama keluarga dan sanak saudara.

“Kadang-kadang dia balik sebelum raya, kalau tahun tu dia kena bertugas, dia akan balik selepas hari raya.

“Kita faham la tugas dia yang perlu berkhidmat untuk negara. Tapi sekarang ni pun kita faham juga, sama ada sebelum raya, atau selepas raya dia (Muhammad Adib) tetap tak balik dah,” katanya.

Sementara itu, Mohd Kassim enggan mengulas inkues Muhammad Adib dan menyerahkannya kepada peguam mewakili keluarganya serta menganggap keputusan inkues anaknya itu adalah di luar bidang kuasanya. – Sinar Harian

Tags: Hari Raya AidilfitriKuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  Menyambut Aidilfitri ketika perlu bekerja memang mencabar—tetapi dengan sedikit perancangan dan mindset yang betul, anda masih boleh menikmati...

Arab Saudi Rasmi Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

Arab Saudi Rasmi Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

19/03/2026
0

RIYADH – Kerajaan Saudi secara rasmi mengumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1447 Hijrah akan disambut pada Jumaat, 20...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd