• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Utus Surat Mohon Kuota Tambahan Haji

oleh
27/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengutus surat rasmi kepada kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan kuota tambahan jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Seri Zukri Samat.

Beliau berkata, bagaimanapun buat masa ini Lembaga TH masih belum menerima sebarang jawapan rasmi berkenaan keputusan daripada kerajaan Arab Saudi berkenaan hal itu.

“Kita telah menggunakan saluran tertentu untuk membolehkan kita tetap mendapat kuota tambahan berkenaan. Kita amat berharap kalau tak dapat 10,000 kuota sekurang-kurangnya 8,000 masih berpeluang.

“Saya difahamkan perdana menteri sendiri telah mengutus surat kepada kerajaan Arab Saudi (baru-baru ini) berhubung kuota tambahan ini. Jadi kita harap jawapannya adalah secepat mungkin kerana musim haji sudah tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Khatam al-Quran dan World #QuranHour peringkat TH di sini, hari ini.

Kuota rasmi yang diperuntukan Arab Saudi kepada Malaysia bagi tahun ini adalah sebanyak 30,200 orang.

Ditanya sama ada TH yakin akan tetap mendapat kuota tambahan bagi jemaah haji Malaysia, Zukri berkata sukar untuk beliau menjangkakan hal itu memandang banyak faktor yang perlu diambil kira oleh Kerajaan Arab Saudi sebelum memutuskan perkara itu.

TH amat berharap agar kuota tambahan itu dapat diberikan bagi mengurangkan tempoh menunggu bakal haji yang jumlah tempohnya sekarang dianggarkan selama 120 tahun, katanya.

Menurutnya, penerbangan pertama bagi jemaah haji Malaysia akan berlepas pada 4 Julai manakala penerbangan terakhir adalah pada 4 Ogos dan jangkaan hari wukuf adalah pada 10 Ogos bagi musim kali ini.

Dalam pada itu Zukri berkata, TH yakin dapat memberikan pengagihan hibah bagi tahun kewangan 2019 yang lebih tinggi iaitu melebihi 1.25 peratus pada 2018 berikutan perkembangan positif dan pengurusan pemulihan yang baik dilaksanakan TH ketika ini.

Tags: Arab Saudikuota hajiMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd