• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Pengecut, Tak Berani Berhadapan Kebenaran

oleh
26/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menarik diri daripada berdebat dengan beliau sebagai pengecut serta tidak berani berhadapan dengan kebenaran.

Beliau berkata, Kit Siang yang menentukan tajuk perdebatan, namun akhirnya tidak berani meneruskannya dengan memberi alasan boleh mencetuskan pertembungan kaum yang sama sekali dilihat tidak masuk akal.

Katanya, pemimpin DAP itu menyerang dan menuduhnya sebagai pencuri, perompak dan pelbagai lagi fitnah lain namun apabila beliau sedia untuk berdebat, Kit Siang ‘lari’.

“Disebabkan pelbagai fitnah yang dilontarkan itu saya berani tampil untuk berdebat bagi menegakkan kebenaran. Tetapi Kit Siang tidak berani, pengecut dan lari daripada berdebat meskipun dia (Kit Siang) yang tentukan tajuk,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Kompleks PAS negeri di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd. Shukri Ramli; Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim serta barisan kepemimpinan UMNO dan PAS Perlis.

Sebelum ini, Kit Siang mengumumkan menarik diri daripada berdebat dengan Najib atas alasan bimbang program itu akan bertukar menjadi konflik pertembungan kaum antara Melayu dan Cina.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan pada Selasa lalu menyahut cabaran Kit Siang dan mencadangkan supaya program debat itu diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan disiarkan secara langsung.

Namun jelas Kit Siang, dalam tempoh 48 jam selepas kedua-dua mereka bersetuju untuk berdebat, beliau menerima pelbagai nasihat supaya tidak meneruskannya.

Kit Siang bagaimanapun cuba mempertahankan diri bahawa tindakan yang diambil beliau itu adalah demi kepentingan negara.

Sementara itu, Najib ketika berucap turut menyifatkan UMNO dan PAS kini menjadi pilihan rakyat termasuk golongan muda selepas mereka kecewa ditipu oleh Pakatan Harapan (PH) yang gagal menunaikan pelbagai janji manisfesto.

Dalam masa sama, beliau turut menyeru agar hubungan UMNO dan PAS terus diperkukuhkan seterusnya kembali merampas Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – UTUSAN ONLINE

Tags: DAPdebatLim Kit SiangNajib Tun RazakUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd