• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpaksa Ukur Baju Raya Guna Tangga

oleh
25/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Kepanjangan tubuh badan luar biasa yang dimiliki menyebabkan baju raya perlu ditempah khas sehingga tukang jahit terpaksa mengukur saiz tubuh badan menggunakan tangga.

Mohd. Azli Hisyam Abdul Ghafar, 25, yang berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3 mempunyai ketinggian 220 sentimeter dan kasut bersaiz 16 adalah manusia tertinggi di negara ini.

Sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, dia dijemput hadir ke kediaman Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (Peka GM), Mohd. Syahbuddin Hashim di Bandar Utama, di sini untuk tempahan baju raya.

Proses mengukur baju Mohd. Azli Hisyam mengambil masa 15 minit berbanding ukuran baju manusia normal lain hanya lima minit.

Mohd. Azli Hisyam berkata, dia bersyukur kerana Peka GM prihatin terhadapnya yang memang sukar untuk membeli baju melayu.

Katanya, ini kerana saiz yang luar biasa dan terpaksa membuat tempahan terlebih dahulu.

“Bayaran untuk tempahan itu mahal dan tak mampu untuk saya tanggungnya, namun mujurlah Peka GM sanggup menyediakan dan menghadiahkan baju raya itu secara percuma.

“Saya juga sering berdepan masalah untuk mendapatkan pakaian biasa lain dan juga saiz kasut kerana sukar diperolehi di kedai,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Syahbuddin berkata, selain Mohd. Azli Hisyam, seramai 200 anak asnaf dan anak yatim juga bakal menerima bantuan baju raya pada 1 Jun ini.

Katanya, semua mereka yang tersenarai dan layak menerima bantuan baju raya itu sedang mengukur saiz masing-masing sebelum pengagihan dilakukan.

“Istimewanya Mohd. Azli Hisyam yang mempunyai ketinggian luar biasa menyebabkan tukang jahit terpaksa membuat ukuran saiz menggunakan tangga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tags: baju rayamanusia tertinggiMohd. Azli Hisyam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manusia Tertinggi Di Malaysia Tarik Perhatian

15/02/2019
0

KEHADIRAN lelaki yang mempunyai ketinggian luar biasa mencuri perhatian pengunjung di Program Pemimpin Turun Padang di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT)...

Tukang Jahit Bersengkang Mata Siapkan Baju Raya

22/05/2018
0

KOTA BHARU - Busana pilihan wanita seperti kebaya, kebarung dan kurung moden kembali mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan terutamanya golongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd