• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerbit Filem Maut Semasa Tukar Tayar

oleh
25/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penerbit filem maut selepas tercampak sejauh 23 meter semasa menukar tayar kenderaannya di Jalan Kuching berhampiran Bulatan Segambut di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.38 pagi itu, mangsa, Mokharul Shamsul Mokhtar, 45, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Mokharul Shamsul yang lebih dikenali dengan nama Asey adalah penerbit filem dari syarikat produksi DA Motion Media pernah menerbitkan filem Jodoh Syaitan dan M4M4.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, ketika kejadian, mangsa memberhentikan Toyota Land Cruiser yang dipandunya di lorong kiri jalan sebelum keluar untuk menukar tayar belakang bahagian kanan.

Katanya, bagaimanapun, mangsa hanya memasang lampu isyarat kecemasan dan tidak meletakkan sebarang kon atau papan tanda amaran di belakang kenderaannya.

“Sebuah van yang dipandu dari arah sama sempat mengelak kenderaan tersebut namun terlanggar mangsa.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak sejauh 23 meter manakala pemandu van berusia 47 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Zulkefly, tiada laluan kecemasan di lokasi kejadian manakala jalan terbabit berada dalam keadaan baik serta kering.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Tags: dilanggarkemalangan mautPenerbit Filem
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd