• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Datuk’, 2 Rakan Dituduh Palsu Dokumen Jual Beli

oleh
24/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan dua rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini atas pertuduhan pemalsuan dokumen jual beli rumah dua tahun lepas.

Pengarah Urusan syarikat hartanah, Datuk Khor Siang Gin, 49, Ketua Bahagian Pemasaran dan Jualan Thein Ling Yen, 41, dan Pengarah Eksekutif Tan Siew Feng, 50, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nizam Zakaria.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka di Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 8 Mei 2017, telah cuba menipu dan memperdayakan bahagian itu dengan cara mengemukakan dokumen jual beli palsu bagi tujuan mendapatkan kuota bumiputera sebanyak 30 peratus yang dianggar bernilai RM1.64 juta bagi projek Alila 2.

Dengan ini, ketiga-tiga mereka telah dituduh dengan curangnya cuba mendorong Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memberikan perlepasan kuota itu yang mana bahagian itu tidak akan memberikan perlepasan kuota itu sekiranya tidak diperdaya sedemikian.

Pertuduhan ke atas mereka dibuat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, S.Selvaranjini, manakala tiga tertuduh itu diwakili peguam Oh Choong Ghee dan M. Puravalen.

Nizam membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Ketiga-tiga tertuduh membayar wang jaminan itu hari ini.

Tags: Pulau PinangrasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd