• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Dituntut Mohon Maaf Kepada Sultan Johor

oleh
24/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kelakuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang tidak bersalaman dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di majlis rasmi istiadat pengebumian Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah di Pekan, Pahang semalam, disifatkan sebagai satu tindakan yang biadab.

Video menunjukkan Mukhriz enggan menghulur tangan dan bersalaman dengan Sultan Johor dan terus bersalaman dengan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah yang berdiri di sebelah kiri Sultan Ibrahim berdurasi 14 saat turut viral di media sosial.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, tindakan Mukhriz itu bukan sahaja biadab tetapi turut hilang etika kemelayuan apabila berbuat demikian.

Malah, katanya, sifat kebudak-budakan dan tidak berakhlak Mukhriz itu juga tidak menggambarkan keperibadiannya sebagai seorang Menteri Besar.

“Di sebalik ketenangan dan kesyahduan majlis rasmi istiadat pengebumian Almarhum Sultan Ahmad Shah, Mukhriz dilihat bertindak biadab dan hilang etika kemelayuannya malah tindakannya itu juga tidak menghormati Sultan Johor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, Pemuda UMNO negeri ini menuntut supaya Mukhriz memohon maaf kepada Sultan Johor atas tindakan beliau kerana rakyat Johor sama sekali tidak dapat menerima budaya buruk seperti yang dibawa oleh anak kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu.

Pada masa sama, Mohd. Hairi berkata, Pemuda UMNO Johor turut merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh keluarga Kerabat Diraja Dan buat seluruh rakyat Pahang diatas kemangkatan Almarhum Sultan Ahmad Shah. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mukhriz MahathirSultan Ibrahim Sultan IskandarTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Mengurus pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) ibarat menjaga 32 bayi kaya dan 'anak manja', kata pemilik JDT,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd