• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji, Bukukan Sikap Almarhum Sultan Ahmad Shah

oleh
24/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pakar warisan dan peradaban Melayu menyarankan agar satu kajian dibuat mengenai sikap dan tingkah laku Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Almarhum Sultan Abu Bakar sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

Profesor Warisan dan Peradaban Universiti Islam Malaysia, Tan Sri Prof. Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, kajian itu perlu dibukukan agar sifat-sifat Almahrum dapat dijadikan contoh oleh pewaris peradaban Melayu yang bertaraf dunia.

Menurut beliau, Almarhum juga merupakan raja pemerintah yang berjaya menyelesaikan banyak perkara berkaitan dengan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

“Almarhum memiliki ciri-ciri raja pemerintah yang direstui mengikut kaca mata Islam, mengikut kaca mata Melayu dan berjiwa rakyat dalam kalangan rakyat semua kaum dan agama termasuk bukan Melayu dan bukan Islam,” katanya dalam program khas Ruang Bicara bertajuk ‘Institusi Raja Melayu: Raja Berjiwa Rakyat’ di Bernama News Channel di sini.

Abdul Latiff berkata, Almarhum juga merupakan ketua negara yang begitu cemerlang memimpin institusi Islam melalui peranan baginda sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang pertama sejak penubuhannya pada 1983.

Di bawah Almarhum, UIAM menjadi institusi pendidikan tinggi terulung di dunia dan berjaya melahirkan lulusan daripada seluruh dunia termasuk negara-negara bukan Islam.

“Baginda mengurniakan tanah untuk membina UIAM. Ini satu pengorbanan yang tinggi. Almarhum melihat pendidikan itu penting,” katanya.

Abdul Latiff berkata, Almarhum juga mempunyai minat dalam bidang seni dan ini membuatkan baginda rapat dan menghormati penggiat seni.

Selain itu, katanya, Almarhum juga prihatin terhadap nasib anak seni dan sering membantu mereka termasuk mengurniakan pingat dan bintang kebesaran negeri bagi menghargai jasa mereka dalam bidang itu.

“Ini membuktikan Almarhum memang raja berjiwa rakyat yang wajib diteladani dalam peradaban kita,” tambahnya.

Almarhum Sultan Ahmad Shah yang mangkat pada usia 88 tahun dua hari lalu, selamat disemadikan di Makam Diraja Pekan, Pahang semalam.

Tags: Pahangperadaban MelayuSultan Ahmad Shah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd