• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Tidak Mengaku Bakar Kereta Mufti Perlis

oleh
24/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Perbuatan jahat seorang peniaga pasar malam membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada Mac lalu mengundang padah apabila suspek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd. Azimar Abd. Razak, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa membakar kereta jenis Honda Accord berwarna hitam milik kerajaan negeri Perlis di Jalan Persiaran Wawasan di sini kira-kira pukul 5 pagi, 22 Mac lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan dibaca dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin selain memberikan syarat supaya tertuduh melapor diri kepada pegawai penyiasat kes pada setiap bulan dan tidak mengganggu mangsa serta ahli keluarga dan kenalan rapatnya.

Jaminan yang diberikan terbatal sekiranya tertuduh melanggar syarat tersebut.

Kes akan disebut semula pada 2 Julai depan.

Kosmo! pada 23 Mac lalu melaporkan kereta rasmi jenis Honda Accord berwarna hitam yang digunakan Mufti Perlis rosak teruk dipercayai akibat dibakar dalam kejadian awal pagi di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di sini.

Kejadian itu dikaitkan dengan isu pemecatan 25 imam kariah dan pertukaran 10 imam lain tanpa alasan pada Januari lalu sehingga menimbulkan kontroversi. – K! ONLINE

Tags: bakar keretaMohd Asri Zainul AbidinMufti Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada undang-undang di negara ini dilihat hanya...

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan pengaruh pengganas gerakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd