• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOA Tidak Boleh Dedah Syarikat Ambil Alih NFCorp

oleh
23/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak boleh mendedahkan identiti syarikat yang merancang mengambil alih National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak boleh mendedahkan identiti serta butiran lanjut mengenai syarikat terbabit kerana pengambilalihan itu masih belum dimuktamadkan lagi.

“Kita masih dalam proses rundingan tetapi Kementerian Kewangan kata mereka akan membayar balik jumlah pinjaman RM250 juta dan memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan kerajaan.

“Kementerian Kewangan juga menyatakan tidak ada masalah untuk mereka membimbing syarikat baharu itu,” katanya dalam sidang media Perhimpunan Bulanan kementerian itu sempena pencapaian setahun kerajaan PH di sini.

Tambahnya, setakat ini hanya satu syarikat sahaja yang tampil menyatakan kesediaan untuk mengambil alih NFCorp dan ia merupakan syarikat tempatan.

Kata Salahuddin, apabila pengambilalihan itu dimuktamadkan, pihaknya akan meneliti tindakan lanjut dan memberi bimbingan kepada syarikat tersebut.

Ditanya sama ada kerajaan berkemungkinan memberi pengecualian cukai kepada syarikat berkenaan sebagai menggalakkan industri pengeluaran haiwan ruminan (lembu), kata Ahli Parlimen Pulai itu, perkara tersebut akan dibincangkan.

“Kita nak memastikan mereka selesaikan proses pembayaran pinjaman dan pengambilalihan NFC itu dulu,” katanya.

Ditanya wujud keperluan untuk kerajaan meletakkan seorang penyelia operasi syarikat dalam NFCorp selepas pengambilalihan bagi mengelak ketirisan daripada berulang lagi, Salahuddin menjelaskan, keperluan itu tidak wujud buat masa sekarang.

“Syarikat berkenaan ada pakar perunding dan kepakaran menguruskan NFCorp dan sudah tentu mereka akan melihat keseluruhan proses pengoperasian supaya berjalan lancar dan berintegriti.

“Bagaimanapun kementerian kami cuma nak pastikan mereka mematuhi semua syarat syarat itu supaya tidak menjejaskan kepentingan pertanian dan pinjaman itu dapat bayar balik kepada MOF kita hanya akan beri peluang mereka untuk membina industri ruminan berkembang subur untuk memanfaatkan pertanian negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tags: NFCorpSalahuddin Ayub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

25/07/2023
0

PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyifatkan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Perdana Putra di...

Salahuddin Meninggal Dunia

Salahuddin Meninggal Dunia

23/07/2023
0

Alor Setar: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada jam 9.23...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd