• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Terus Susut Berbanding Dolar AS

oleh
23/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit terus susut berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu kekal kukuh dengan ketidaktentuan yang berterusan berhubung konflik perdagangan AS-Sino.

Pada pukul 9 pagi, ringgit berada pada 4.1900/1930 berbanding dolar AS daripada 4.1845/1875 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit dijangka terus lemah walaupun risiko penurunan boleh dihadkan berikutan mata wang tersebut berada pada kedudukan terlebih jual.

“Penangguhan selama 90 hari yang diberikan kepada Huawei dapat mengurangkan kebimbangan mengenai impak terhadap sektor teknologi dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun, konflik perdagangan kekal tidak tetap dan kita masih belum melihat satu lagi pusingan tindakan balas daripada China. Semua pihak akan memerhatikan Yuan China dan prestasinya pada masa ini,” katanya.

Jabatan Perdagangan AS telah memberikan lesen eksport am sementara selama 90 hari kepada Huawei Technology Co. Ltd. walaupun syarikat itu masih dilarang menjalankan perniagaan dengan kebanyakan syarikat AS, ia dibenarkan untuk terus menggunakan sokongan produk penting.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali pound British.

Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0358/0384 daripada 3.0355/0386 semasa ditutup pada Selasa lepas dan merosot berbanding euro kepada 4.6723/6765 daripada 4.6653/6699.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.8032/8070 daripada 3.7972/8006, bagaimanapun naik berbanding pound British kepada 5.3004/3058 daripada 5.3118/3165 pada Selasa lepas.

Pasaran ditutup pada Rabu sempena cuti Nuzul Al-Quran.

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dilihat kembali menunjukkan trend penyusutan yang lebih ketara berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Nilai mata wang tempatan, ringgit Malaysia, dilihat kembali melemah apabila didagangkan sekitar RM4.03 berbanding dolar Amerika Syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd