• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Digesa Siasat Beli Undi Pemilihan Warisan

oleh
22/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru didaftarkan, Gerakan Anti Rasuah Malaysia (Geram) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan rasuah dalam pemilihan Warisan baru-baru ini.

Jurucakapnya Rauf Jualis berkata, ahli Warisan, Ismaily Bungsu, mendakwa individu tertentu memberi rasuah kepada perwakilan parti untuk menang jawatan dalam Majlis Tertinggi Warisan.

“Ismaily membuat dakwaan itu melalui laman Facebook dengan berkata, calon tertentu memberi antara RM100 ke RM150 kepada perwakilan sebagai suapan supaya mengundi mereka.

“Hantarannya itu kemudian tular dan ini merupakan bukti yang mencukupi untuk SPRM memulakan siasatan siapakah menteri dan pemimpin Warisan yang didakwa merasuah perwakilan parti itu,” katanya.

Ismaily yang juga merupakan pengerusi Majlis Kebudayaan Sabah menaikkan status Facebook beliau kira-kira 2 minggu lepas setelah kalah pemilihan parti.

Beliau juga menaikkan foto seorang wanita memegang 2 bungkusan dengan nombor calon yang didakwa mengandungi wang.

Seorang wanita kelihatan memegang 2 ‘sampul berisi wang’ pada pemilihan Warisan. Gambar ini dinaikkan oleh seorang ahli parti itu yang tidak berpuas hari. (Gambar Facebook)
Ismaily mengingatkan bahawa amalan sedemikian akan menenggelamkan Warisan sebelum ia sempat belayar.

Beliau berkata, sesetengah anggota parti menuduhnya mahu merosakkan imej Warisan dengan membuat dakwaan itu.

Bagaimanapun Ismaily mempertahankan tindakan itu dengan berkata, ia dibuat kerana beliau menyayangi parti.

Rauf, yang memuji keberanian Ismaily, menggesanya membuat laporan kepada SPRM, selain bekerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

“Beliau mungkin melanggar Seksyen 25(1) dan (2) Akta SPRM 2009 dan boleh didenda hingga RM100,000 dan dihukum penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika enggan memberi kerjasama,” kata Rauf. – FMT

Tags: GeramSPRMwarisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd