• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Perkenal OPS, Cat Dinding Antinyamuk

oleh Ahmad Albab
25/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan dua pendekatan bagi menangani ancaman denggi di negara ini iaitu ‘Outdoor Residual Spray’ (OPS), teknik semburan baharu dalam kawasan nyamuk aedes dan cat dinding antinyamuk.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata langkah tersebut diambil ekoran kenaikan kes demam denggi membabitkan 21,310 kes bagi tempoh Januari hingga 21 Februari ini, dengan 54 kematian, berbanding 13,915 kes dengan 25 kematian dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata OPS mula dilaksanakan 11 Februari lalu dengan aktiviti ditumpukan di empat daerah bermasalah denggi di Selangor iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang.

“Penyembur ini mempunyai kelebihan iaitu apabila kita menggunakan satu kali, ia mempunyai kekuatan selama tiga bulan,” katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

OPS merupakan sejenis racun serangga yang digunakan dengan formulasi bahan tahan hujan dan ia digunakan di dinding luar bangunan dan pokok-pokok keliling kediaman.

Dr Subramaniam berkata, cat dinding antinyamuk yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pula mempunyai kekuatan untuk membunuh nyamuk apabila haiwan itu terkena pada dinding bangunan yang menggunakan cat itu.

“Kementerian mempunyai paten untuk cat itu. Kita boleh cari bahan kimia untuk membuat cat itu. Tetapi kita tidak mengeluarkan cat. Oleh itu, kami sedang berbincang dengan syarikat yang berminat untuk mengeluarkan cat tersebut,” katanya.

Dr Subramaniam memberi jaminan kedua-dua bahan kimia yang digunakan untuk menangani ancaman denggi itu tidak berbahaya kepada kesihatan masyarakat.

Mengenai Ops Gempur Tapak Binaan pula, beliau berkata 52 tapak binaan yang dikesan mempunyai pembiakan nyamuk aedes akan didakwa di mahkamah manakala 44 tapak binaan pula diarahkan tutup untuk menjalankan kerja pembersihan.

Mengulas mengenai kit pemeriksaan demam denggi, beliau berkata kementerian masih berbincang dengan syarikat swasta untuk mengurangkan kos 40 hingga 50 peratus agar klinik swasta boleh membeli dan menjalankan ujian pemeriksaan darah pada mereka yang disyaki. – BERNAMA

Tags: Dr S. Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekuatan Mental Penting Hadapi PRU14

03/05/2018
0

SEGAMAT – Tugas wakil rakyat dalam tempoh berkempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya...

MIC Bukan Parti Inklusif Kaum India – Subramaniam

23/12/2017
0

MELAKA - MIC bukan sebuah parti eksklusif untuk kaum India beragama Hindu semata-mata, sebaliknya sebuah parti inklusif bersandarkan kepelbagaian kaum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd