• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CIA Lancar Kempen Cari Orang Fasih Bahasa Melayu

oleh
16/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AGENSI Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) melancarkan kempen mencari orang-orang yang fasih berbahasa asing, termasuk bahasa Melayu.

Gergasi perisikan itu di Facebook rasminya turut memuatnaik iklan berbahasa Melayu yang dipasang di sebuah stesen transit di Washington D.C.

“Tahukah anda kebolehan berbahasa anda dapat menjadikan Amerika lebih selamat?” kata agensi itu pada 17 April, dengan pautan kepada laman kerjaya CIA.

“Apabila anda bekerja untuk CIA, anda boleh menggunakan kemahiran bahasa asing anda dalam pelbagai cara.”

CIA di lamannya berkata ia memerlukan pakar-pakar bahasa untuk membantunya menghimpunkan maklumat perisikan secara berkesan.

Pakar-pakar bahasa itu akan menggunakan kebolehan bercakap, membaca dan menterjemah bahasa asing, serta pemahaman tentang perbezaan budaya, untuk mengendalikan keperluan-keperluan keselamatan AS dan mungkin “misi-misi baru”.

Malaysia baru-baru ini menjadi perhatian ketika Amerika Syarikat mengetatkan sekatan ke atas Iran.

Sejak Mei tahun lepas, pentadbiran Presiden AS, Donald Trump menarik diri daripada perjanjian yang mengekang program nuklear Iran dan mengenakan semula sekatan ekonomi ke atas negara itu.

Iran berikrar akan mencabar sekatan tersebut.

Awal bulan ini, akhbar Israel, Jerusalem Post melaporkan bekas ketua agensi perisikan Israel atau Mossad, Danny Yatom menggesa AS mengetuai usaha melawan cubaan Iran mengelakkan sekatan melalui Malaysia.

Bulan lepas, satu lagi akhbar Israel, Haaretz memetik sumber perisikan Barat berkata Iran dan Malaysia menjalin suatu pakatan yang membolehkan Iran mengelakkan sekatan AS, mengambil contoh kapal-kapal tangki minyak yang dilihat berlayar antara kedua-dua negara.

Sumber Haaretz menjangkakan Iran merancang untuk mendapatkan dana daripada jualan minyak dan gas asli menerusi Malaysia, yang akan membantu ekonomi Iran yang tertekan. – FMT

Tags: agensi perisikanAmerika SyarikatBahasa MelayuCIA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd