• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tipu Rumah PPR, Lelaki Didakwa 23 Pertuduhan

oleh
14/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 23 pertuduhan menipu mendapatkan rumah dan kedai di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 membabitkan kerugian RM75,500, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Raja Darul Affendy Shah Raja Haris Shah, 57, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rozilah Salleh selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh yang kini bekerja sendiri didakwa dengan curang mendorong 21 mangsanya menyerahkan sejumlah wang tunai kepadanya bagi mendapatkan rumah dan kedai di PPR Lembah Subang 2.

Kesalahan itu dilakukan di sekitar Lembah Klang bermula April hingga Julai 2016.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda dan sebatan mengikut Seksyen 420 Kanun Kesekaan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Asraf Mohamed Tahir mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon wang ikat jamin dikurang dan pembayaran dilakukan sebanyak dua kali.

“Saya ada empat orang anak dan baharu sahaja ditangkap semalam (untuk didakwa hari ini).

“Memang saya tiada wang simpanan sekarang,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM40,00 dan membenarkan permohonan lain pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan 21 Jun depan. – K! ONLINE

Tags: menipuRumah PPRSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd