• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saham DRB Hicom Jatuh Selepas SPRM Siasat Deftech

oleh
14/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saham DRB-Hicom Bhd diniagakan rendah pagi ini selepas anak syarikatnya Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) disahkan sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 9.44 pagi, sahamnya jatuh enam sen atau tiga peratus kepada RM1.95.

Deftech, yang merupakan syarikat 100 peratus milik DRB-HICOM, antara lain membuat, memasang dan membekalkan kenderaan tentera dan komersial.

Susulan penyiasatan itu, AmBank Research hari ini menurunkan gred DRB-Hicom kepada “underweight” daripada “hold” dengan nilai adil lebih rendah pada RM1.74, berdasarkan kadar diskaun lebih tinggi sebanyak 30 peratus berdasarkan kaedah penilaian jumlah bahagian daripada 20 peratus sebelumnya.

Penurunan gred itu disebabkan wujud potensi sentimen negatif yang timbul daripada penahanan eksekutif kumpulan itu oleh SPRM dan ketidakpastian dengan keupayaan kumpulan untuk mendapatkan kontrak kerajaan di masa depan.

Semalam, SPRM menahan ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai kewangan syarikat itu kerana disyaki terbabit rasuah berkaitan projek pembekalan peralatan kenderaan tentera bernilai RM17 juta.

Kedua-duanya disyaki menerima rasuah berjumlah ratusan ribu daripada beberapa syarikat bagi pembekalan peralatan untuk kereta perisai AV8 dan Adnan antara 2015 dan 2017.

MACC turut merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM100,000 dan dokumen berkaitan projek itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Sprm.

Tags: DeftechDRB-HicomSahamSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd