• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dedah ‘Kartel Dedak’, Elak Presiden Pimpinan PAS Terpalit

oleh
13/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Selepas menyenaraikan lima nama yang didakwa sebagai ahli kartel dedak, semalam, Yang Dipertua PAS Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad sekali lagi tampil memberi penjelasan atas tindakannya itu.

Beliau yang juga merupakan menantu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pendedahan tersebut dianggap langkah wajar bagi mengelakkan perbuatan mendedak ini terpalit kepada presidennya, Abdul Hadi Awang, Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat.

“Misi saya mudah. Saya nak jauhkan perbuatan mendedak ini daripada dilibatkan presiden PAS, majlis syura ulama dan PAS pusat itu sendiri.

“Jadi dua pilihan yang perlu saya pilih. Sama ada biarkan persepsi ramai (tentang) dakwaan YBNA dan tentera siber pro mereka bahawa projek ini direstui presiden dan majlis syura…atau pilihan kedua (iaitu) dedah sekarang sebelum terlambat,” katanya menerusi kenyataannya Facebook hari ini.

Jelasnya, PAS bakal menerima kesan buruk jika UMNO didakwa melakukan kesalahan misalnya mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlafta) 2001.

“Maka bukan sahaja UMNO dan Datuk Seri Najib akan dihukum, bahkan PAS dan kepimpinannya boleh tersangkut sekali.

“Jika kerajaan PH tak mampu sabitkan dengan bukti sekalipun, tetapi cukup mereka gunakan kenyataan YBNA dan sekutu-sekutunya yang bersungguh-sungguh mendakwa keterlibatan kepimpinan tertinggi dengan mendedak sebagai alasan untuk menangkap kepimpinan PAS,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Zaharudin menjelaskan walaupun tindakannya itu tidak disenangi namun beliau yakin PAS akan lebih selamat.

“Mereka-mereka yang sayangkan jemaah dan tidak suka orang mengkritik parti terbuka marahkan tindakan saya, tetapi saya yakin untuk jangka panjang PAS akan lebih selamat jika berlaku sabitan.

”Pilihan pertama dibuat selama tiga tahun bermula 2006 hingga 2009 tetapi gagal. Daripada mereka menguasai sekitar 50 peratus ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat pada 2006 sehingga mereka menguasai sekitar 80 peratus, majoriti perwakilan kawasan dan pos-pos penting seperti timbalan presiden, hampir semua naib-naib presiden dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan lain yang dimuat naik di Facebook, beliau menafikan dua nama yang dikaitkan dalam senarai ahli ‘kartel dedak’ yang tersebar.

Melalui hantaran Facebook hari ini, Zaharudin menafikan “Dr. Hussam II” dan “Mr. KT” dalam senarai yang didedahkannya merujuk kepada Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan adik iparnya yang juga Ketua Pemuda PAS, Khalil Abdul Hadi.

Zaharudin juga menuduh Amanah bertanggungjawab dalam mengaitkan nama-nama yang ada dalam senarai itu.

“Ini palsu. Tak sama dengan apa yang saya maksudkan.

“Takkan menteri besar Terengganu terlibat? Takkan adik ipar ana (saya) sendiri terlibat. Jangan percaya (dakwaan) Amanah,” tulisnya. – Sinar Harian

Tags: Kartel DedakPASUMNOZaharuddin Muhammad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd