• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Politik Melayu, Islam Jaminan Masa Depan UMNO

oleh
12/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masa depan UMNO bergantung kepada bagaimana parti Melayu itu memperjuangkan politik kebangsaan berasaskan Islam yang mendorong orang Melayu menjadi bangsa rasional dan berkemajuan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jika UMNO ingin berkelangsungan, parti itu mesti mengangkat politik Melayu dan Islam sebagai agenda masa depannya.

“Semangat kebangsaan Melayu yang kita perjuangkan selama ini mesti diinspirasikan dan dipimpin dengan kefahaman Islam yang lebih mendalam.

“Contoh paling baik melalui agenda perpaduan ummah UMNO dan PAS yang sedang kita lakukan sekarang. Sudah tiba masanya kita memberi nafas baharu kepada konstruk ini,” katanya pada berucap pada Majlis Berbuka Puasa Sempena Ulangtahun UMNO ke-73, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Mohamad juga mengakui bahawa persengketaan UMNO dan PAS sejak berdekad lamanya hanya merugikan umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

“Orang-orang Melayu, UMNO dan PAS sebenarnya bersaudara, kita mengesakan tuhan yang satu dan berselawat memuji nabi yang sama.

“Namun begitu keegoaan politik telah memberikan sengketa kepada bangsa kita berdekad lamanya.

“Alangkah ruginya umat Islam dengan politik perpecahan sebegini sehingga kita sanggup bersolat di masjid berlainan,” katanya.

Katanya, UMNO dan PAS kini perlu meruntuhkan tembok persengketaan berkenaan dan membina kesepakatan baharu atas semangat politik Melayu dan Islam mengikut acuan perpaduan ummah.

“Perjuangan kebangsaan Melayu itu inklusif, tidak meminggirkan sesiapa dan mendukung syiar Islam yang menyeru perpaduan dan kesatuan demi kebaikan bangsa dan agama.

“Politik Islam cara kita tidak melabel, menghukum dan memegang prejudis. Selepas lebih 70 tahun UMNO berdiri sebagai pembela bangsa, sudah tiba masanya nilai, sikap dan pemikiran kita diberikan lonjakan baharu,” katanya.

Mohamad turut mengingatkan semua pihak agar tidak mengatakan UMNO itu musnah, telah hancur dan pelbagai lagi tanggapan buruk hanya selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Berparti itu bukan bila kita berkuasa, dengan anggapan apabila kita tak punya kuasa, kita tak mampu melakukan apa-apa.

“Semakin kita tewas semakin kuat sepatutnya kerja dan berjuang, semakin berani dan semakin banyak kita memberi kepada agama dan bangsa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tags: islamMelayuMohamad HasanUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya...

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd