• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Sembilan Tahun Diliwat Lebih 12 Kali

oleh
10/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Diliwat lebih 12 kali. Bayangkan bagaimana penderitaan yang terpaksa ditempuh oleh seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun akibat perbuatan tidak bertanggungjawab seorang warden sebuah pusat tahfiz di sini.

Sebelum itu, seorang remaja berusia 15 tahun yang mengalami nasib sama turut membuat laporan polis terhadap lelaki berkenaan.

Kejadian tidak bermoral oleh lelaki berusia 28 tahun yang dipanggil ustaz oleh para pelajar tersebut didakwa berlaku sepanjang bulan lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, kejadian kali pertama membabitkan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu berlaku kira-kira pukul 10 malam bertempat di dalam bilik warden berkenaan.

Pada malam kejadian, kata Noor Mushar, mangsa yang sedang berjalan kaki bersama-sama rakan lain menuju ke asrama sebelum dipanggil oleh suspek yang pada masa itu sedang berdiri di hadapan pintu bilik warden.

Katanya, tiba-tiba suspek terus mengunci pintu bilik dan mengajak mangsa duduk di atas katil dan seterusnya menayangkan video lucah.

“Suspek dikatakan mencium mulut, memegang kemaluan mangsa dan seterusnya meliwatnya.

“Mangsa kemudian diarahkan masuk semula ke dalam bilik sambil mengugut mangsa agar tidak menceritakan hal itu kepada sesiapa.

“Kejadian itu dikatakan terus berulang sehingga kanak-kanak ini diliwat lebih 12 kali. Sebelum ini, mangsa tidak pernah menceritakan kepada sesiapa mengenai kejadian tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Mushar memberitahu, suspek yang masih bujang telah melarikan diri dan dikesan berada di lokasi terakhir di Ipoh Perak.

Beliau berkata, pihaknya telah mendapatkan bantuan daripada polis Perak untuk mengesan dan menangkap suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 377C,377E Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 15(e) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Kata beliau, kanak-kanak berkenaan sudah mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini. – UTUSAN ONLINE

Tags: kes liwatwarden tahfiz
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

22/10/2025
0

MELAKA: Pekerja kilang dan dua pelajar institusi pengajian tinggi didenda RM12,500 serta penjara 54 bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

Budak 13 Tahun Tak Mengaku Liwat Sepupu Lelaki 6 Tahun

Budak 13 Tahun Tak Mengaku Liwat Sepupu Lelaki 6 Tahun

07/12/2023
0

CHUKAI: Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan meliwat sepupunya ketika dihadapkan ke Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd