• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Tiada Bukti Rampasan Barangan, Wang Hasil 1MDB

oleh
09/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa gagal membuktikan kesemua barangan dan wang yang dirampas di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib yang juga bekas Perdana Menteri berkata, atas sebab itu tindakan lucut hak sivil dikenakan terhadap barangan tersebut bagi membolehkan ia terus disimpan.

“Selepas setahun menyiasat, kerajaan PH tidak berupaya untuk menemui sebarang bukti barangan atau wang tunai berkenaan adalah daripada hasil tidak sah.

“Sebab itu sehingga hari ini, tiada satu pendakwaan dibuat terhadap barangan dan wang tunai itu.

“Jika dikembalikan, sudah tentu tindakan itu mengesahkan Najib tidak korup (rasuah) dan tidak membeli barangan itu menggunakan wang 1MDB (1Malaysia Development Berhad) atau sumber wang yang tidak sah,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Jelas Najib, tindakan lucut hak sivil itu walau bagaimanapun melanggar Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan hak setiap rakyat untuk mempertahankan harta sah mereka dipelihara.

“Kes sivil ini adalah lemah dan bukanlah kes jenayah namun ia membenarkan kerajaan PH untuk menangguh atau mengelak daripada memulangkan semua barangan itu.

“Ia juga membolehkan mereka untuk terus menggunakan pembohongan yang sama selain propaganda terhadap saya,” katanya.

Tambah Najib, berdasarkan undang-undang, barangan yang dirampas hanya boleh ditahan selama tiga bulan tetapi ia boleh dilanjutkan sekali sahaja untuk sembilan bulan lagi.

Katanya, lanjutan itu menjadikan tempoh tersebut genap setahun oleh Jabatan Peguam Negara dan akan luput dalam 10 hari lagi iaitu pada 18 Mei ini.

“Selepas luput tarikh itu, mengikut undang-undang kesemua barangan itu perlu dikembalikan jika pihak berkuasa gagal membuktikan pembeliannya menggunakan dana haram dan tidak membuat pertuduhan terhadap pemilikan barangan terbabit,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: 1MDBNajib Tun Razakpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menolak tanggapan bahawa gelombang biru dan...

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh yakin PH akan bangkit dalam masa terdekat. Kata beliau,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd