• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lagi Ditahan, Pengarah JPJ P.Pinang Dipanggil

oleh
07/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Ketua Pembantu Penguat Kuasa Gred KP22 menjadi pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri terbaharu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersabit kes rasuah lori kebal.

Pegawai berusia 52 tahun itu hadir ke ibu pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 10 pagi tadi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Difahamkan, pegawai berkenaan hadir dalam keadaan belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan selepas dilaporkan terbabit dalam kemalangan jalan raya bulan lalu.

Malah, dia juga sepatutnya hadir memberi keterangan bersama seramai 21 pegawai JPJ yang ditahan dalam fasa ketiga bulan lalu, namun diberi pengecualian ekoran terlibat dalam kemalangan itu.

Menurut sumber SPRM, pegawai itu ketika ini sedang diambil keterangan namun djangka dibebaskan hari ini.

“Pegawai berkenaan sebelum ini dikecualikan hadir memberi keterangan kepada SPRM kerana masih dalam tempoh cuti sakit dan dia dijangka dibebaskan petang ini,” demikian menurut sumber berkenaan.

Sementara itu, sumber berkenaan memberitahu, SPRM semalam turut memanggil Pengarah JPJ negeri, Mohamat Johari Mat Nor untuk diambil keterangan sebagai saksi di ibu pejabat SPRM di sini.

Buat masa ini, tambahnya, SPRM tidak bercadang memanggil mana-mana bekas pengarah JPJ negeri yang lain bagi membantu siasatan.

Sejak terbongkarnya kes rasuah membabitkan lori kebal di negeri ini itu awal bulan lalu, SPRM sehingga kini telah menahan seramai 80 individu dengan lebih 70 daripada mereka merupakan penguat kuasa JPJ negeri.

Turut ditahan ialah bekas anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan orang awam terdiri daripada proksi, tonto dan pemilik syarikat lori terlibat.

Daripada jumlah itu juga, seramai 31 penguat kuasa JPJ dibenarkan ditahan reman selama seminggu dalam tiga fasa bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar negeri ini.

Semua penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 itu dipercayai menerima bayaran bulanan sebanyak RM10,000 sebulan dan sehingga kini jumlah terkumpul bagi kesemua wang rasuah tersebut sudah melebihi RM140,000. – UTUSAN ONLINE

Tags: JPJPulau PinangSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd