• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Bawa Ketum Rempuh 3 Beranak Hingga Mati

oleh
07/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Tiga beranak maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh oleh sebuah kenderaan dari arah bertentangan di kilometer 77, Jalan Machang-Jeli dekat Nibong di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.22 pagi itu, mangsa, Nor Zurita Shah Kadir, 27, bersama dua lagi anaknya Muhammad Adam Mukhriz Adnan, 5, dan Siti Husna Qaisara Adnan, 4, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Suzaimi Mohamad berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Jeli ke Tanah Merah.

Katanya, ketika tiba di selekoh tempat kejadian, sebuah kereta jenis Proton Wira yang datang dari arah bertentangan dipercayai telah hilang kawalan sebelum merempuh mangsa.

“Kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan berdasarkan kesan brek di atas jalan bermula dari laluannya hingga ke laluan bertentangan.

“Akibat rempuhan itu, ketiga-tiga mangsa terpelanting ke dalam semak di sebelah kiri jalan menghala ke Jeli,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Suzaimi berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas kereta Wira tang dipandu warga Thailand itu, turut menjumpai beberapa bungkusan hitam.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kita telah menemukan 150 kilogram daun ketum di dalam bonet belakang kereta terbabit,” katanya.

Tambah beliau, kes ini akan di siasat di bawah seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang akan di siasat oleh Pihak Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerag (IPD) Tanah Merah.

“Manakala satu lagi kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) APJ 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Daun Ketumkemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd