• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Masih Buntu Kenal Pasti Pembunuh Valentino

oleh
06/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor mengakui pihaknya sehingga kini masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu mengenai pihak mana yang bertanggungjawab menembak hingga mati anggota polis, Valentino Mesa, dua tahun lalu.

Valentino, 29, ditemukan maut akibat ditembak dari arah belakang di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya, pada Ogos 2017 dan pistol berserta dua kelopak peluru yang digunakan mendiang semasa bertugas pada hari kejadian juga didapati hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, walaupun tiada petunjuk baharu tetapi kes itu masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita tidak pernah tutup kes ini, ia masih dalam siasatan di bawah 302 Kanun Keseksaan tetapi kes ini agak sukar kerana tiada sebarang petunjuk dan balai polis komuniti ditempat mendiang ditemukan mati juga tidak mempunyai sistem kamera litar tertutup (CCTV).

“Justeru itu, polis mengalu-alukan sebarang maklumat daripada pihak awam yang dapat membantu kami menyiasat kes ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Kes Valentino kembali menjadi perhatian selepas bapa mendiang, Mesa Anak Ugom, 54, meminta pihak berkuasa meleraikan ‘misteri’ pembunuhan anaknya itu dan seterusnya mengenal pasti pihak bertanggungjawab. – UTUSAN ONLINE

Tags: kes pembunuhanValentino Mesa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak 11 Tahun Saksi Kes Pembunuhan Sendiri

Budak 11 Tahun Saksi Kes Pembunuhan Sendiri

14/11/2023
0

NEW DELHI – Seorang budak lelaki berumur 11 tahun hadir di Mahkamah Agung India untuk meyakinkan panel hakim bahawa dia...

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

26/02/2023
0

NEW YORK: Empat orang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam model dan pempengaruh Abby Choi, selepas sebahagian anggota badan mangsa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd