• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akaun Bank Kosong Dalam Masa 30 Minit

oleh
03/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Hanya 30 minit. Itu tempoh masa yang diambil sindiket Macau Scam untuk mengosongkan akaun bank seorang peniaga yang diperdayakan dengan dakwaan terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusuf berkata, lelaki berusia 51 tahun itu yang mengalami kerugian RM56,479.80, mendakwa dihubungi sorang lelaki kononnya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi semalam.

Mangsa mendakwa suspek memberitahu namanya terlibat dalam kes pengubahan wang haram berjumlah RM1.2 juta yang boleh menyebabkan dia dipenjarakan seumur hidup.

“Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada suspek kedua yang mendakwa dirinya boleh memperkenalkan mangsa kepada seorang ‘datuk’ bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Suspek meminta mangsa menyerahkan butiran peribadi perbankan dan membuka sebuah akaun baharu sebelum memberi jaminan kes itu akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd. Wazir berkata, dalam tempoh setengah jam selepas melakukan semua arahan suspek, mangsa membuat semakan akaun banknya dan mendapati hanya terdapat RM33 di dalamnya.

Sehubungan itu, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada kes berasingan, tindakan seorang pesara berusia 65 tahun mahu membuat pinjaman sebanyak RM5,000 bagi membayar hutang ‘memakan diri’ apabila syarikat kewangan yang diketahuinya menerusi laman sosial itu tidak wujud.

Lelaki warga emas itu mendakwa telah membuat bayaran sebanyak RM1,680 kepada wakil syarikat itu pada 11 April lalu dalam dua transaksi berbeza, kononnya sebagai bayaran wang pemprosesan dan wang perjanjian sebelum boleh menerima wang tersebut. – K! ONLINE

Tags: akaun bankMacau Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Taktik menjanjikan pulangan lumayan akhirnya memakan diri apabila sekumpulan pelabur warga asing kerugian lebih RM31 juta selepas...

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd