• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tulisan Cina Pada Iklan Agensi Kerajaan Dipertikai

oleh
03/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Penggunaan tulisan Cina sepenuhnya pada iklan sebuah agensi kerajaan negeri yang tular dalam media sosial dipertikaikan oleh masyarakat di sini.

Naib Ketua Pemuda UMNO Gopeng, Al Yashir Yahaya berkata, iklan pada gegantung itu tular di media sosial dipercayai diletakkan di pekan Chemor dekat sini.

Menurutnya, penggunaan tulisan Cina pada iklan agensi kerajaan negeri tidak wajar dan tidak mencerminkan kerajaan negeri sebagai kerajaan yang mendaulatkan bahasa Melayu.

“Isu seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana sudah termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan jelas dalam Akta 32 Seksyen 2.

“Akta berkenaan menetapkan segala penggunaan dengan maksud rasmi perlulah digunakan di dalam bahasa Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Al Yashir, pihak berkuasa tempatan juga perlu lebih peka terhadap perkara tersebut kerana segala jenis iklan yang dipaparkan perlu selari dengan tatacara pengesahan bahasa Kebangsaan dalam iklan.

Beliau berkata, iklan mestilah mematuhi akta dan undang-undang yang berkaitan seperti Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 yang terkandung dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Katanya, akta tersebut menyatakan sesuatu iklan hendaklah dalam bahasa Melayu, sama ada dengan sendirinya atau bersama-sama bahasa lain.

“Perkataan-perkataan dan huruf-huruf dalam bahasa Melayu hendaklah diberikan keutamaan dalam warnanya dan pada sesuatu kedudukan yang lebih jelas daripada perkataan-perkataan atau huruf-huruf atau tulisan-tulisan dalam bahasa lain yang digunakan.

“Selain itu, saiznya hendaklah tidak melebihi ukuran yang terdapat dalam bahasa Melayu,” katanya.

Menurutnya, apapun terserah kepada kerajaan negeri sebagai badan eksekutif untuk menguatkuasakan perkara itu.

“Ini kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendakwa mereka kerajaan ‘rule of law’,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Agensi KerajaanDAP PerakTulisan Cina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Dijangka Berdepan Cuaca Ekstrem, Agensi K’jaan Siap Siaga – TPM

Negara Dijangka Berdepan Cuaca Ekstrem, Agensi K’jaan Siap Siaga – TPM

14/05/2024
0

Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif meliputi kesan kesihatan, kekurangan bekalan air, kebakaran hutan atau belukar, jerebu serta kekurangan hasil...

Polis Siasat Pelanggaran SOP Konvensyen DAP Perak

15/03/2021
0

IPOH - Polis membuka siasatan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Konvensyen Biasa DAP...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd