• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Jong-nam: Doan Balik Kampung Malam Ini

oleh
03/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Warga Vietnam, Doan Thi Huong, 30, yang sebelum ini dituduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam akan berlepas ke negara asalnya menerusi pesawat Vietnam Airlines pada pukul 7.15 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Salim Bashir iaitu seorang daripada peguam yang mewakili Thi Huong bagi kes berkenaan.

“Ketika ini, dia ditempatkan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang ini.

“Thi Huong akan berada di KLIA pada pukul 4 petang dan pihak Kedutaan Vietnam juga akan mengiringinya di sana,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Thi Huong dibebaskan dari Penjara Kajang pada pukul 7.20 pagi tadi selepas tempoh penjara tamat.

Pada 13 April lalu, media melaporkan Thi Huong akan dibebaskan hari ini selepas tempoh penjaranya tamat.

Thi Huong dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun empat bulan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 April lalu selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Kim Chol menggunakan racun VX, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), dua tahun lepas.

Hakim Datuk Azmi Ariffin ketika menjatuhkan hukuman tersebut turut memerintahkan Thi Huong menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap iaitu 15 Februari 2017.

Kurang sebulan sebelum itu, pada 11 Mac lalu, mahkamah sama melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah, 26, warga Indonesia iaitu seorang lagi tertuduh dalam kes bunuh Kim Chol.

Selepas Siti Aisyah dibebaskan, Thi Huong melalui peguamnya mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji semula pertuduhan bunuh itu tetapi ditolak sebelum pihak peguam mengemukakan representasi kedua.

Sebelum ini, Thi Huong dan Siti Aisyah didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas KLIA2 pada 9 pagi, 13 Februari 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kes berprofil tinggi itu mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa dengan kawalan keselamatan yang ketat sepanjang kes berlangsung dan kedua-dua tertuduh dikawal rapi serta memakai baju kalis peluru semasa dibawa ke dalam bilik bicara mahkamah. – K! ONLINE

Tags: Doan Thi HuongKes Bunuh Jong-Nam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Jong-nam: Doan Thi Huong Dibebaskan 3 Mei

13/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Doan Thi Huong, 30, tertuduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim...

Kes Bunuh Jong-nam: Doan Dipenjara 40 Bulan

01/04/2019
0

SHAH ALAM - Wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, dijatuhi hukuman tiga tahun dan empat bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd