• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Serbu Rumah Pemilik Akaun FB ‘Abu Leman’

oleh
03/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyerbu rumah seorang pemilik akaun Facebook (FB) dan blog ‘Abu Leman’ di Bemban, Melaka, kerana dipercayai menyebarkan kandungan palsu terhadap kerabat diraja dan pemimpin negara.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM, Datuk Mohd Shafie Harun berkata, serbuan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung perkara itu.

“Siasatan awal mendapati suspek yang menggunakan akaun Facebook dan blog atas nama ‘Abu Leman’ merupakan pentadbir kepada kedua-dua akaun tersebut.

“Dalam serbuan itu, beberapa peralatan komunikasi seperti komputer riba, modem, telefon bimbit, kad SIM dan kad memori turut dirampas bagi membantu siasatan. Rakaman percakapan daripada suspek juga turut diambil,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Shafie berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

”SKMM tidak akan berkompromi dengan penyebaran berita palsu sebegini dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat,” tegasnya.

Sementara itu, beliau turut menggesa pengguna media sosial untuk mempertingkat kawalan kendiri ketika mengakses internet.

”Pengguna juga diingatkan tidak menggunakan internet sebagai platform menyebarkan kandungan palsu, jelik dan menghina yang boleh mengundang kemarahan dan menjejaskan ketenteraan awam,” katanya.

Tags: abu lemanBlogfacebookSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak memuat naik ucapan syukur dan tahniah kepada rakyat Selangor susulan pembukaan laluan Transit...

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Ruangan komen akaun media sosial milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd