• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janda Anak 3 Ditahan Buang Bayi Baru Lahir

oleh
03/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Seorang janda anak tiga ditahan susulan penemuan mayat seorang bayi dalam keadaan berulat berhampiran kawasan semak di tepi jalan Kampung Dato Syed Nahar, Kuah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, wanita berusia 37 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi kira-kira pukul 9.30 malam semalam.

“Hasil soal siasat, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah mengaku mengalami tumpah darah empat hari lalu sebelum melahirkan bayinya pada usia kandungan tujuh bulan di tempat kerjanya.

“Seterusnya dia bertindak memasukkan bayi tersebut di dalam plastik sebelum membuangnya di kawasan longgokan sampah iaitu tempat bayi ditemui semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, suspek memberitahu bayi yang dilahirkannya itu adalah hasil hubungan dengan teman lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi Bee Talk.

“Wanita terbabit yang mempunyai tiga anak berusia antara dua hingga 17 tahun ditahan untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Kosmo! Online semalam melaporkan mayat seorang bayi yang cukup sifat ditemui dalam keadaan sudah berulat berhampiran kawasan semak di tepi jalan Kampung Dato Syed Nahar, Kuah di sini.

Mayat bayi di dalam plastik sampah berwarna hitam itu ditemui penduduk kampung di satu kawasan pada jarak lima meter dari jalan bertar kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Jantina dan umur bayi tersebut tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat yang dipenuhi ulat. – K! ONLINE

Tags: buang bayiMayat Bayi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Padah Sembunyi Mayat Bayi Dalam Mesin Basuh Sebelum Tanam

Padah Sembunyi Mayat Bayi Dalam Mesin Basuh Sebelum Tanam

17/09/2024
0

KANGAR – Tindakan seorang pengasuh warga Indonesia menyembunyikan mayat bayi lelaki dalam mesin basuh sebelum menanam anaknya itu mengundang padah...

Ular Punca Kereta Api Laju Jepun Lewat 17 Minit

Mayat Bayi Lelaki Ditemukan Dalam Tangki Pam Tandas Masjid

17/04/2024
0

KUALA BERANG - Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd