• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohon RM3 Bilion, Hanya RM20 Juta Diluluskan

oleh
03/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saksi ke-28 memberitahu Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi bahawa syarikat SRC International Sdn. Bhd. telah menerima geran permulaan RM20 juta bagi penubuhan syarikat itu sembilan tahun lalu.

Datuk Dr. Kamariah Noruddin, 61, yang merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, geran penubuhan SRC International adalah dipohon oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui peruntukkan RM3 bilion pada Oktober 2010.

“Dalam permohonan yang dibuat, tujuan syarikat itu (SRC International) ditubuhkan bagi mengekalkan pegangan strategik dalam pengeluaran negara,” katanya yang mengatakan permohonan itu dibuat oleh 1MDB kepada Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri.

Kamariah berkata demikian selepas pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul berhubung permohonan peruntukkan SRC International pada hari ke-12 perbicaraan kes tujuh pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. RM42 juta di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali hari ini.

Ujar saksi itu, secara ringkas, jabatannya itu menyokong cadangan 1MDB untuk menubuhkan SRC International melalui surat bertarikh 24 Ogos 2010 yang ditandatangani oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi dan diserahkan kepada Najib.

Namun, permohonan asal mendapatkan geran RM3 bilion itu tidak disokong kerana terdapat permohonan tersebut membabitkan gas minyak, besi dan aluminium.

“Gas dan minyak sudah dikendalikan oleh Petronas, sementara arang batu ketika itu dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengimport 80 peratus sumber itu dari Indonesia, manakala, besi dan aluminium di berikan kepada syarikat swasta untuk mengendalikannya.

Jadi hanya RM20 juta dapat diluluskan untuk penubuhan SRC International,” ujarnya yang turut memberitahu RM20 juta itu diluluskan Najib ada 15 Oktober 2010.

Perbicaraan bersambung lagi petang ini. – K! ONLINE

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd