• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas ADUN DAP Dipenjara 3 Tahun, Denda RM66,900

oleh
02/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Datok dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM66,900 oleh Mahkamah Seysen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM13,380 bagi program kemasyarakatan, empat tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Loh Chee Heng, 41, mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan terhadapnya.

Tertuduh turut diperintahkan mahkamah menjalani tambahan hukuman penjara setahun sekiranya gagal membayar denda. Chee Heng membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Chee Heng yang ketika itu mewakili DAP didakwa menggunakan dokumen Kelulusan Pengeluaran Peruntukkan dan Kertas Kerja mengenai program Sambutan Hari Guru Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Datok yang mengandungi butiran palsu iaitu permohonan pengeluaran peruntukkan RM13,380 bagi program yang tidak dilaksanakan.

Kesalahan tersebut dilakukan di Pejabat Daerah Kuala Langat, Kuala Langat pada 8 Jun dan 23 September 2015.

Justeru, beliau didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 tertakluk mana yang lebih tinggi.

Terdahulu pada prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Suffian Ja’afar mencadangkan hukuman berat dan setimpal berikutan tertuduh adalah bekas wakil rakyat yang
telah diberi kepercayaan untuk memikul amanah.

Bagaimanpun, Peguam Keppy Wong mewakili Chee Heng memohon hukuman ringan susulan anak guamnya kini hanya bekerja sebagai pemandu Grab dan tidak mempunyai pekerjaan.

“Anak guam saya juga terpaksa menyara seorang isteri yang tidak bekerja serta tiga anak yang masih bersekolah berusia lima hingga 13 tahun,” jelasnya.

Sementara itu, dalam prosiding sama, Mohamad Suffian turut memohon mahkamah melepas dan membebaskan Chee Heng bagi satu lagi pertuduhan menggunakan dokumen sama mengenai program Pesta Tang Lung Tahun 2015 yang membabitkan permohonan peruntukkan RM20,000.

Rozilah kemudiannya membenarkan permohonan pihak pendakwa raya terbabit. – K! ONLINE

Tags: ADUN DAPLoh Chee Hengrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub MELAKA – Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyelar keras kenyataan pimpinan Pemuda DAP (Dapsy) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd