• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10,000 T-Shirt Bangkit Kesedaran Himpunan 4 Mei Dijual

oleh
02/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menjelang Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam secara besar-besaran di ibu negara pada Sabtu ini, pelbagai pihak mula mencetak dan menjual baju t-shirt sempena perhimpunan tersebut.

Antaranya pemimpin bukan kerajaan (NGO), Datuk Mohd Razlan Rafii selaku pengerusi Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan (GerakPadu) menghasilkan kira-kira 10,000 helai baju untuk dijual kepada peserta himpunan itu.

Baju himpunan berwarna putih yang tertera perkataan Daulat Tuanku, Rakyat Bersama Tuanku yang dijual kepada orang ramai bermula hari ini bertujuan untuk membangkitkan semangat mempertahankan kedaulatan Islam dan Raja-Raja Melayu.

Dengan menggunakan wajah sembilan Raja-Raja Melayu yang menganggotai Majlis Raja-Raja berlatarbelakangkan bendera Jalur Gemilang, Mohd Razlan menjual baju himpunan itu mulai jam 4 petang tadi dengan harga RM10 sehelai.

Antara lokasi jualan baju himpunan tersebut ialah di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan di sekitar pusat beli-belah Pertama dan Sogo.

Menariknya pemimpin NGO itu turut menggunakan sebuah lori pacuan empat roda untuk menjual baju himpunan tersebut secara bergerak di seluruh ibu negara bermula hari ini hingga Jumaat ini.

Isnin lalu, Gerakan Pembela Ummah (Ummah) bersama 300 NGO Islam Melayu mengumumkan mahu menganjurkan Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di hadapan Sogo, pada 4 Mei ini.

Timbalan Pengerusi, Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Kamaruzaman Mohamad berkata, himpunan tersebut bakal menyentuh isu ancaman kepada kedaulatan negara yang meliputi isu Statut Rom, isu arwah Adib, isu Bahasa Kebangsaan, isu UEC dan isu PPSMI.

Susulan pengumuman itu, UMNO Selangor pula semalam mengumumkan akan menyertai himpunan raksasa itu dengan mengerahkan 25,000 ahlinya untuk turun ke jalanan bagi menyatakan bantahan sama.

Perhimpunan itu dianjurkan susulan kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuktikan bahawa Malaysia sudah menarik diri daripada perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Pada 5 April lepas, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom. – MalaysiaGazette

Tags: Himpunan Daulat 405Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permulaan Kepada Himpunan Lebih Besar

05/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam merupakan permulaan kepada himpunan...

Himpunan Diadakan Kerana Islam Semakin Terancam

05/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Ribuan umat Islam yang hadir ke Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di ibu negara hari ini sebagai tindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd