• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Kecewa Axiata Digital Dijual

oleh
02/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak kecewa apabila syarikat digital milik Axiata Berhad (Axiata) dijual ketika perniagaan digital berpotensi pada masa depan.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau menyokong kuat semasa Axiata mahu menceburi perniagaan dan perkhidmatan digital pada tahun 2013, lalu wujudlah Axiata Digital.

Sejak itu, Axiata Digital melabur dan membina beberapa perniagaan digital yang sangat berpotensi.

Malangnya, kata Najib, Axiata Digital telah dijual kepada sebuah syarikat Singapura dengan nilai AS$140 juta (RM579 juta) semalam.

Sebelum itu, pada bulan Februari, Axiata menjual syarikat telekomunikasi M1 kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion.

Antara perniagaan digital yang dijual semalam ialah:
– www.StoreKing.in – platform perdagangan luar bandar terbesar India.
– www.11street.my – syarikat e-commerce popular di ASEAN.
– www.freedompop.com – syarikat perkhidmatan wayarles.
– bimamobile.com – syarikat insurans mikro global yang sudah bertapak di 13 negara dengan 31 juta pelanggan.
– track.etobee.com – Syarikat perkhidmatan e-logistik Indonesia.

“Tak pasal-pasal dijual pulak selepas PH ambil alih kerajaan. Perniagaan-perniagaan digital ini berpotensi besar dan sedang berkembang dengan rancak.

“Oleh itu, amatlah sayang kerana telah mengambil masa dan usaha untuk membina perniagaan-perniagaan ini.

“Kini semua telah jual oleh kerajaan PH,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu, Khazanah Nasional Berhad pernah mendapat untung sebanyak RM4 bilion hasil pelaburan dalam Alibaba pada tahun 2014.

“Ramai mungkin tidak tahu. Kita labur RM1 bilion dalam Alibaba.

“Kita dapat balik RM5 bilion. bila Alibaba disenaraikan,” ujarnya.

Tags: Axiata DigitalNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd