• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tak Pasti Siapa Yang Pekak,” Jawab Mufti Perlis

oleh
30/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin hari ini membalas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menuduh beliau sebagai ‘pekak’ kerana mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak mempertahankan Islam.

Mohd. Asri berkata, beliau tidak pasti siapa yang pekak kerana apa yang beliau katakan adalah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini.

“Banyak berita pagi ini pasal kenyataan YAB Tun M: “Mufti Perlis pekak” sebab kritikan saya yang suara mempertahankan Islam kurang kedengaran dalam kalangan pimpinan kerajaan hari ini. Umat Islam rasa kurang selamat.

“Namun, sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini. Saya tidak pasti siapa yang pekak,” tulis Mohd. Asri dalam Facebook beliau.

Semalam, Dr, Mahathir menyifatkan Mohd Asri sebagai ‘pekak’ kerana mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mempertahankan Islam.

Perdana Menteri berkata, jika Mohd Asri boleh mendengar, sudah tentu beliau tahu pelbagai usaha dilakukan kerajaan PH dalam menjaga Islam di negara ini.

Kenyataan Dr. Mahathir itu susulan Mohd Asri sebelum ini mendakwa suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini.

Mohd Asri berkata, pelbagai kenyataan dibuat oleh individu dalam kerajaan yang dianggap menghina orang Islam.

Pihak yang menimbulkan ketegangan itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan, manakala individu yang berkongsi pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam ditangkap.

“Mungkin YAB Tun M terguris disebabkan hubungan baik saya dengan Tun M selama ini. Saya faham keadaan itu.

“Beberapa tahun yang lalu Tun M ada menulis cacatan ini kepada saya. Antara yang ditulis: “Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebenarnya,” tulis Mohd Asri sambil berkongsi catatan yang ditulis Dr. Mahathir tersebut.

Tegas Mufti Perlis itu, beliau akan terus berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Dr. Mahathir sendiri. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mahathir MohamadMohd Asri Zainul Abidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd