• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jaga FAM Pun Tak Sampai Setahun, Bayangkan Jadi PM”

oleh
29/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim, seorang lagi pemimpin Bersatu tampil mengkritik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui media sosial.

Ketua Angkatan Muda Bersatu (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan sahaja mengkritik, bahkan menyindir pencapaian Tunku Ismail sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam hantaran terbaharunya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Malah, Menteri Belia dan Sukan itu juga bertanya, mengapa Tunku Ismail tidak meminta rakyat ‘tukar’ bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika negara dikenali dunia sebagai negara kleptokrasi tetapi sekarang mahu menukar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Walaupun TMJ gesa orang Johor untuk kekalkan Najib pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), rakyat tetap bersama Dr. Mahathir dan menolak gesaan TMJ.

“Kami berkhidmat demi rakyat. Jatuh bangun kerajaan ini adalah di tangan rakyat. Ini negara demokrasi berperlembagaan,” katanya.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Baru-baru ini tular video TMJ dalam nada bergurau berkata lebih baik jika Perdana Menteri ditukar.

Baginda berkata demikian ketika disapa orang ramai yang meminta baginda menukar jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Benjamin Mora ketika baginda dalam perjalanan keluar dari Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor menaiki kereta.

“Dari tukar Mora, baik tukar Perdana Menteri,” kata baginda dalam video tular tersebut.

Menambah cili pada pedas kritikannya, Syed Saddiq membangkitkan kegagalan Tunku Ismail bertahan lama sebagai Presiden FAM.

Kata beliau, jika hendak jaga FAM pun sukar, pastilah lebih sukar bagi seorang Perdana Menteri yang mahu memulihkan negara.

“Kalau nak jaga FAM pun sukar sampai terpaksa letak jawatan tidak sampai setahun, bayangkan tanggungjawab seorang Perdana Menteri yang ikhlas mahu memulihkan negara tercinta,” katanya disusuli dengan emotikon senyum. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mahathir MohamadSyed SaddiqTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd