• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesal Pegawai MB N.Sembilan Hina Wartawan ‘Bingai’

oleh
25/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS) kesal dengan kenyataan pembantu kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang menggelarkan wartawan Sinar Harian sebagai ‘bingai’ di akaun Facebooknya.

Pengerusinya, Arfi Ahmad berkata, adalah tidak wajar beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu dengan menggelarkan seorang pengamal media begitu rendah dan hina sekali.

“Kerajaan dan media seperti “aur dan tebing” di mana saling perlu antara satu sama lain.

“Jangan dikeruhkan lagi air di hulu kerana nanti air di hilir juga akan keruh, begitu lah ibaratnya media dan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Lebih menyedihkan beliau berkata, sehingga kini tiada satu pun permohonan maaf dari individu berkenaan dan langsung tidak mengakui kesilapannya.

Katanya, ini bukan bermakna pengamal media tidak boleh ditegur, tetapi biarlah secara berhemah dan bukannya menjadikan media sosial sebagai tempat untuk menyalahkan pengamal media.

“Lebih dikesali beliau yang berkhidmat dengan kerajaan negeri tidak mencerminkan slogan Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Bersih, Mufakat dan Sejahtera.

“Apatah lagi beliau bertugas di negeri beradat ini yang mana lazimnya orang beradat ini adalah beradab sopan dan nilai murni dalam tutur kata bahasanya apatah lagi ketika menjalankan tugasnya yang diamanahkan oleh menteri besar,” katanya.

Menerusi akaun Facebook individu berkenaan berkata, “nampak tak bingainya wartawan Sinar ini, lain dicakap, lain dikeluarkan.

“Boleh pula editor dia jawab salah tafsir dan beri tajuk ikut kefahaman sendiri.

“Takut nak kena saman boleh pula tukar tajuk baru. H@#$% tul ler,” tulisnya.

Sementara itu Gerakan Media Merdeka (Geramm) menerusi akaun Facebook rasminya berkata, sebagai pegawai kepada menteri besar, tidak sepatutnya menyuarakan perkara itu di media sosial kerana terdapat cara lain lagi boleh dilakukan untuk selesaikan sebarang salah faham.

Katanya, kerajaan negeri boleh buat kenyataan media minta penjelasan dari editor dan wartawan secara profesional dan terbuka.

“Tapi bukannya dengan gunakan kata kesat sebegitu. Perbuatan ‘menembak’ wartawan sepatutnya tidak dilakukan oleh kerajaan yang telah menyatakan komitmen menyokong kebebasan media.

“Kami berharap agar Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai pentadbir tertinggi kerajaan negeri dapat pastikan hubungan profesional dengan pengamal media dan wartawan Negeri Sembilan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Aminuddin Harunpegawai kerajaanwartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd