• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jackie Lebur Rekod Kebangsaan Miliknya Di Doha

oleh
25/04/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer mengotakan janji apabila memecahkan rekod kebangsaan miliknya pada Kejohanan Olahraga Asia di Doha, Qatar.

Jackie, 27, membuat balingan sejauh 67.01 meter (m) pada aksi final di Stadium Antarabangsa Khalifa sebentar tadi untuk memperbaharui rekod kebangsaan 66.01m yang dilakukannya pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia tahun lalu.

“Saya sangat gembira dengan kejayaan ini kerana saya langsung tidak jangka dapat memadam rekod kebangsaan saya sendiri,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Meskipun menamatkan aksi final tersebut pada tempat kelapan, namun Jackie boleh berbangga dengan pencapaian itu kerana dia satu-satunya daripada sembilan wakil negara berjaya mencatat rekod baharu kebangsaan di Doha.

Pingat emas dimenangi jaguh Tajikistan, Dilshod Nazarov dengan catatan 76.14m manakala tempat kedua menjadi milik Asraf Amgad El-Seify dari Qatar menerusi balingan sejauh 73.76m, sementara atlet Uzbekistan, Sukhrob Hodjayev meraih tempat ketiga (72.85m). – K! ONLINE

Tags: baling tukul besiJackie Wong Siew Cheer
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Atlet Baling Tukul Besi, Semret Singh Meninggal Dunia

15/02/2022
0

KUALA LUMPUR - Bekas atlet baling tukul besi negara, Semret Singh meninggal dunia pada usia 66 tahun pagi Selasa. Anak...

Terbuka Malaysia: Jackie Wong Lebur Rekod Kali Ke-12

14/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer memecah rekod kebangsaan acara itu dengan balingan sejauh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd