• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Singapura Didakwa Kes Pencemaran Sg. Kim Kim

oleh
25/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah syarikat kilang tayar terpakai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat dengan seorang pemandu lori dan dua lagi pengarah berhubung kes pembuangan sisa terjadual ke dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, awal Mac lalu.

Tertuduh, Sim Wei Der, 50, yang juga warganegara Singapura bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Jailani Rahman.

Mengikut kertas pertuduhan, Wei Der didakwa bersubahat dengan pemandu lori, N. Maridass, 35 serta pengarah syarikat, Yap Yoke Liang, 42, dan Wang Jing Choa, 34, untuk melupuskan buangan terjadual di bawah Kod SW311 iaitu buangan minyak atau enap cemar berminyak.

Perbuatan itu seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dengan melupus sisa buangan ke dalam Sungai Kim Kim dengan menggunakan sebuah lori jenis Mitsubishi dan semi treler tangki minyak sawit tanpa mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran kawasan tapak projek pelebaran jambatan Sungai Kim Kim, Jalan Kota Masai 1, Pasir Gudang antara pukul 12.01 hingga 1 pagi pada 7 Mac 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 34B(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan dibacakan bersama Seksyen 42 akta yang sama yang boleh dihukum dibawah Seksyen 34B(4) akta sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM500,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Amir Nasruddin dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Syafiq Mohd. Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam bela, Joshua Tay.

Jailani memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM250,000 dengan dua orang penjamin warga tempatan selain perlu melaporkan diri di Balai Polis Pasir Gudang pada 15 hari bulan setiap bulan sehingga kes perbicaraan selesai.

Mahkamah menetapkan 23 Mei ini sebagai sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tags: pencemaran toksikSingapurasungai kim kim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd