• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Projek Sandakan Diumumkan Guan Eng Bukan Baharu

oleh
24/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mahu mengambil laba politik menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan hingga menutup kebenaran seolah-olah projek-projek yang mahu dilaksanakan adalah projek baharu di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Semalam, Guan Eng mengeluarkan kenyataan akhbar untuk mengingatkan kepada penduduk Sandakan tentang jumlah peruntukan yang telah disalurkan Kerajaan Persekutuan kepada daerah tersebut.

Justeru Khairy dengan sinis berpandangan mungkin kenyataan akhbar tersebut hanyalah kebetulan dan tiada kena-mengena dengan kempen PRK Sandakan yang akan bermula Sabtu ini.

Ulas Khairy juga dalam Facebooknya, apa yang menarik Setiausaha Agung DAP itu telah memberikan penekanan terhadap dua buah projek utama iaitu projek naik taraf landasan Lapangan Terbang Sandakan dan Projek Tebatan Banjir (PTB) Sungai Anip di Sandakan.

“Dua buah projek ini sebenarnya telah diluluskan di bawah RMK-11 bagi tempoh 2016-2020 ketika pembentangannya pada tahun 2015.

“Jumlah RM80 juta peruntukan menaik taraf landasan Lapangan Terbang Sandakan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak) pada 7 Mei 2017 ketika merasmikan bangunan terminal baru lapang terbang ini.

“Dengan kata lain, peruntukan tambahan RM80 juta yang diumumkan pada tahun 2017 ini adalah sambungan kepada projek naik taraf yang telah dimulakan ketika pentadbiran BN (Barisan Nasional) lagi,” jelasnya.

Tambahnya lagi begitu juga dengan projek tebatan banjir.

“Bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Anip pula, kerajaan PH hanyalah menyambung perancangan awal yang telah dibuat oleh BN sebelum ini.

“Jika disemak kemaskini terakhir di laman web Jabatan Pengairan dan Saliran pada 12 Disember 2017, jelas sekali PTB ini sememangnya telah dirancang awal oleh kerajaan BN untuk penduduk Sandakan,” ujarnya lagi.

Walaupun begitu, tambah Khairy, keputusan kerajaan PH untuk meneruskan projek pembangunan yang dirancang ketika pentadbiran BN harus dihargai.

“Kalau hendak ambil kredit pun, silakan,” alunya lagi. – MediaUMNO

Tags: DAPKhairy JamaluddinLim Guan EngPRK Sandakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd