• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Dakwa TMJ Minta Perlawanan Tinju Dibatal

oleh
24/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata hubungannya dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dingin berikutan beberapa permintaan yang dikemukakan Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Syed Saddiq mendakwa, antara permintaan itu ialah membatalkan perlawanan tinju pada saat akhir antara Manny Pacquiao dan juara bertahan welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Lucas Matthysse di Kuala Lumpur Julai lalu.

Walaupun tidak selesa mengenai perkara itu bagaimanapun perlu sampaikan keputusan yang tidak dapat tunaikan itu yang mana pembatalannya boleh mencetuskan krisis diplomatik antara Malaysia dan Filipina.

“Ada tuntutan dan perintah khusus untuknya (perlawanan) untuk dibatalkan, tanya penganjur, tanya Pacquiao sendiri,” katanya kepada pemberita dalam sidang media khas sempena setahun Pakatan Harapan (PH) di Bangunan kementeriannya di Putrajaya, hari ini seperti dipetik portal MalaysiaKini.

Selain konflik politik, pembatalan perlawanan tinju itu juga akan menyebabkan kerugian berpuluh juta dolar daripada penyiaran siaran lansung di seluruh dunia.

Tambah Syed Saddiq hubungannya dengan Tunku Ismail akrab sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu namun disebabkan terdapat permintaan bersifat politik yang tidak dapat ditunaikan menyebabkan hubungan mereka dingin.

“Dia adalah seseorang yang rapat dengan saya terutamanya sebelum PRU lalu, tetapi sebelum PRU lalu ada permintaan khusus yang dia minta yang saya tak dapat penuhi.

“(Sebab itu) jika kamu lihat, hari pengumuman pencalonan saya di Muar, adalah hari dia mengeluarkan surat terbuka meminta rakyat Johor dan Malaysia tidak menukar kapal dan terus bersama UMNO BN,” katanya.

Tags: Syed SaddiqTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd