• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azwanddin Dituduh Ugut Serang Balai Polis, Aib Individu

oleh
24/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Perbuatan Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah melakukan ugutan jenayah dan mengaibkan seseorang, tahun lalu memakan diri selepas didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, hari ini.

Azwanddin, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Solehah Noratikah Ismail dan Muhammad ‘Azzam Zainal Abidin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang, Asisten Superintendan Harun Abu Bakar untuk menyerang Balai Polis Klang.

Justeru dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh yang juga merupakan Penasihat Gagasan Tiga Malaysia (G3) didakwa mengaibkan seorang individu bagi membangkitkan kemarahan yang boleh memecahkan keamanan awam.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukannya di Dataran Seni Off Jalan Melayu, Pusat Bandar Klang pada pukul 6.15 petang, 25 Disember 2018.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Fairuz Johari mencadangkan jaminan RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan tersebut.

Peguam Izzat Muhtar yang mewakili Azwanddin memohon jaminan yang minimum berikutan anak guamnya yang merupakan bapa kepada empat orang anak itu sentiasa memberikan kerjasama baik dalam siasatan.

“Tertuduh merupakan pemimpin setempat dan ahli politik. Sekiranya melarikan diri akan memberikan kesan buruk terhadap kredibilitinya,” jelasnya.

Kedua-dua mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin keseluruhan RM13,000 dan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Sebutan semula kes ditetapkan 24 Mei depan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Azwanddin ditahan bagi membantu siasatan susulan kenyataannya yang berunsur provokasi ketika berucap pada Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P. Waytha Moorthy, di Dataran Seni Klang dekat sini, 26 Disember tahun lalu.

Azwanddin dalam ucapannya didakwa mengeluarkan kenyataan akan menyerang Balai Polis Klang sekiranya pihak yang menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, tidak ditangkap. – K! ONLINE

Tags: Azwanddin Hamzahbalai polisJMM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Maut Ditembak Dibawa Rakan Ke Balai Polis

Lelaki Maut Ditembak Dibawa Rakan Ke Balai Polis

26/04/2025
1

Kuching: Seorang lelaki berusia 34 tahun maut dipercayai terkena tembakan semasa berada di dalam sebuah kereta di Jalan Stephen Yong, di sini...

27 Pos PGA, 10 Balai Polis Di Kelantan Tenggelam

27 Pos PGA, 10 Balai Polis Di Kelantan Tenggelam

30/11/2024
0

RANTAU PANJANG: Sebanyak 27 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Tumpat dan Rantau Panjang di sini, tenggelam dilanda banjir sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd