• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vellfire Pengarah JSJN Dijumpai Di Teluk Intan

oleh
23/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenderaan rasmi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh yang dicuri pada 18 April lalu sudah dijumpai di Teluk Intan, Perak pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak telah mengesan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Vellfire itu dalam keadaan mencurigakan di belakang sebuah bangunan di Taman Melor Sejati di sana.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan itu masih dilaporkan hilang bersabit kes kenderaan curi di Kajang.

“Kenderaan tersebut telah dibawa ke IPD Hilir Perak untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kosmo! pada Jumaat lalu melaporkan kehilangan MPV berwarna hitam itu disedari oleh pemandu Mohmad yang juga anggota polis pada pukul 8 malam ketika dia hendak beredar selepas menjamu selera di sebuah restoran sate di Su­ngai Ramal, Kajang pada pukul 8 malam.

Ketua Polis Sela­ngor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, hasil siasatan mendapati pemandu berusia 31 tahun itu dikatakan baru selesai menyelenggara kenderaan tersebut di Jinjang, Kuala Lumpur dan dalam perjalanan ke Negeri Sembilan. – K! ONLINE

Tags: Pengarah JSJNToyota Vellfire
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PERDANA V/S VELLFIRE – Soal Nasionalisme Atau Keselesaan?

08/11/2021
0

Kalau melihat dari segi nasionalisme - Maka pakailah Perdana dan berhenti cakap benda lain. Tak perlu teruskan membaca rencana ini....

Ramli Din Dilantik Pengarah JSJN Bukit Aman

07/02/2020
0

DATUK Ramli Din dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang baharu menggantikan Datuk Mohd Khalil Kader Mohd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd