• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bandar Malaysia: Bursa Gantung Urusniaga Ekovest, IWCity

oleh
23/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dagangan harian proprietari (PDT) dan jualan singkat intra hari (IDSS) telah digantung untuk saham-saham Ekovest Bhd. and Iskandar Waterfront City Bhd. (IWCity) untuk sepanjang hari ini selepas kedua-dua entiti itu menafikan terlibat dalam projek Bandar Malaysia.

Saham-saham syarikat itu jatuh 15 peratus selepas didagangkan sejam pertama selepas bursa dibuka.

Aktiviti PDT dan IDSS hanya akan dibolehkan pada pukul 8.30 pagi esok, kata Bursa Malaysia dalam pengumumannya di sini.

Saham Ekovest dan IWCity dibuka rendah pagi tadi dan terus merosot hingga menjadi saham paling rugi.

Saham Ekovest susut sebanyak 18 sen kepada 79 sen pagi ini. Harga akhir didagangkan pada 84.5 sen sebelum ia digantung dengan 131.65 juta saham diniagakan.

Manakala saham IWCity pula susut 23 sen kepada RM1.09 sen dan harga akhir sebelum digantung adalah RM1.15 sesaham.

Semalam, Iskandar Waterfront City Bhd. serta IWCity dan Ekovest Bhd., dua firma yang dikuasai oleh Tan Sri Lim Kang Hoo menjelaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam projek Bandar Malaysia.

“Siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 19 April yang bertajuk ”Kerajaan Projek Bandar Malaysia“, di mana nama syarikat sekutu kami, IWH-CREC Sdn. Bhd. telah disebutkan, syarikat itu ingin menjelaskan bahawa IWCity tidak terlibat dalam pemulihan projek Bandar Malaysia,“ kata IWCity.

Perdana Menteri baru-baru ini berkata, kerajaan akan meneruskan semula projek Bandar Malaysia dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM140 bilion.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan semasa mesyuarat Kabinet pada 17 April dan IWH-CREC Sdn. Bhd., konsortium Malaysia-China, pemaju induk bagi projek itu akan meneruskan kerja-kerja di Bandar Malaysia.

Dr. Mahathir berkata, Bandar Malaysia akan memberi kesan besar kepada ekonomi Malaysia dan berfungsi sebagai hab global bagi menarik lebih banyak firma kewangan, teknologi dan keusahawan global yang mempunyai impak tinggi. – MalaysiaGazette

Tags: Bandar MalaysiaEkovestIWCityLim Kang HooMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd