• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dedah Nama Pemimpin PAS Terima RM90 Juta Takkan Berlaku

oleh
22/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mendedahkan nama pemimpin PAS yang didakwa menerima dana RM90 juta dari 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) adalah sesuatu yang tidak akan berlaku.

Ahmad Fadhli yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas berpendapat Anwar tidak akan membuat pendedahan itu buat selama-lamanya berdasarkan tiada sebarang bukti yang boleh merujuk kepada mana-mana pemimpin PAS.

“Saya percaya tujuan beliau membangkitkan isu ini adalah bertujuan untuk menarik semula perhatian kepada PKR selain mengalih tumpuan masyarakat terhadap kegagalan PKR untuk menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, baru-baru ini,” katanya.

Anwar yang juga Anggota Parlimen Port Dickson dalam sebuah forum di Nilai, Negeri Sembilan, Jumaat lepas mendakwa mengetahui jumlah dana yang diterima pemimpin PAS dan identiti penerima serta akan mendedahkannya dalam masa terdekat.

Kenyataan Anwar itu juga mendapat reaksi daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang mengalu-alukan pendedahan yang bakal dilakukan oleh Anwar itu.

Tags: Ahmad Fadhli ShaariAnwar IbrahimPASPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd