• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Dapat Dielakkan

oleh
23/04/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Gangguan bekalan air di Lembah Klang Rabu ini tidak dapat dielakkan bagi memastikan tidak timbul masalah air pada bulan puasa dan Aidilfitri, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar.

Beliau berkata, pihaknya memberi jaminan bekalan air akan pulih dalam tempoh 48 jam.

Menurutnya, langkah penambahbaikan dan membaiki paip air sudah lama dirancang Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Kerja-kerja penambahbaikan merupakan kerja besar dan memerlukan masa yang lama. Kerana itulah kami meminta tempoh 48 jam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, di sini, hari ini.

SPAN pada Khamis lalu memaklumkan mengenai gangguan bekalan air sehingga 86 jam dijangka berlaku di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor susulan kerja-kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) pada 24 April.

Gangguan bekalan air akan melibatkan 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di 577 kawasan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar memulakan proses pengumpulan air bagi menampung kegunaan air pada tarikh berkenaan.

“Kita kena kurangkan pembaziran air. Ini adalah yang terbaik untuk jangka masa panjang bagi memastikan bekalan air mencukupi,” katanya.

Tags: Dr Xavier Jayakumargangguan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ribut Petir, Hujan Lebat, Angin Kencang Diramal Melanda 4 Negeri

Gangguan Air Pulau Pinang: Sekolah Boleh Laksana PdPR

05/01/2024
0

GEORGETOWN: Seluruh sekolah di Pulau Pinang dibenarkan menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan gangguan bekalan air berjadual...

‘Adalah Munasabah Najib Tidak Tahu Sumber Dana Dalam Akaun’ – Peguam Bela

Gangguan Air : Hulu Selangor, Kuala Selangor Sudah Pulih

11/10/2023
0

SHAH ALAM – Tahap pemulihan bekalan air di tujuh wilayah terjejas akibat henti tugas sementara bagi tiga fasa loji rawatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd