• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Dilapor Hilang Ditemui Tertidur Dalam Bas

oleh AK-47
18/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika berada di bawah jagaan sebuah tadika di Presint 3, di sini, ditemui selamat selepas tertidur dalam sebuah bas sekolah di Cheras petang tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata, kehilangan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu disedari pihak tadika selepas ibu mangsa berusia 40 tahun memberitahu bahawa anaknya tidak ditemukan di tadika berkenaan.

“Kira-kira pukul 4.50 petang, ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir telah pergi ke tadika untuk menjemput anaknya balik tetapi mendapati kanak-kanak itu tidak ada di tadika tersebut.

“Kami dimaklumkan bahawa, kanak-kanak itu dibawa oleh pihak tadika ke Padang Agrobank, Bangi untuk menyertai raptai hari sukan tadika. Pihak tadika telah membuat pemeriksaan di sekitar tadika namun kanak kanak tersebut tidak dijumpai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, susulan kejadian itu, pihaknya menjalankan temubual dengan kesemua guru tadika bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan mendapati, kanak- kanak tersebut terlibat dalam raptai hari sukan bersama 87 orang kanak kanak lain di Pusat Latihan Agrobank Bangi. Kesemua pelajar terbabit menaiki tiga buah bas sekolah yang disewa dengan diiringi 11 orang guru.

“Bas yang dinaiki kanak kanak tersebut diiringi oleh tiga guru. Hasil temubual juga mendapati guru pengiring ada membuat semakan pelajar sebelum balik selain membuat pemeriksaan di kawasan raptai dan dapati jumlah pelajar cukup 87 orang,” katanya.

Katanya, guru pengiring juga membuat kiraan jumlah pelajar dalam bas semasa perjalanan balik dan mendapati jumlah pelajar cukup. Bagaimanapun, setelah tiba di tadika, guru berkenaan tidak mengira mengenai jumlah pelajar yang keluar dari bas.

“Kesemua pelajar kemudian diarahkan masuk ke dalam kelas masing masing. Kira-kira pukul 3.20 petang, seorang guru baru menyedari pelajar tersebut tiada dalam kelas tetapi beg sekolah dan tilam pelajar itu masih berada dalam kelas.

“Guru kelas mulanya menyangka pelajar itu dijemput oleh ibu bapanya sebelum mengetahui bahawa kanak-kanak itu tiada di tadika. Justeru, pihak tadika mencari di seluruh kawasan tadika namun pelajar tersebut tidak dijumpai,” katanya.

Beliau berkata, susulan itu, pada pukul 7.05 malam, pemilik tadika telah menghubungi pemandu bas untuk membuat pemeriksaan dalam bas dan mendapati kanak kanak itu tertidur di kerusi bas, katanya sambil menambah laporan bahawa kanak-kanak itu telah ditemukan semula akan dibuat oleh pengadu.

Tags: bas sekolahkanak-kanakkes kehilangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd