• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duta Produk: Populariti Elizabeth Tan Tarik Minat Zamzarina

oleh AK-47
25/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN namanya masih lagi baharu dalam bidang hiburan tempatan, namun perkara itu tidak menjadi masalah buat personaliti tv popular, Zamzarina Zambri untuk memilih Elizabeth Tan bagi mewakili produk penjagaan wajah keluaran syarikatnya, Harmony Mall Sdn Bhd.

Menurut pengacara program Apa Kata Wanita itu, pemilihan Elizabeth untuk mewakili produk penjagaan wajah Magic Red keluaran syarikatnya, Zarra Sinar Puteri adalah bertepatan dengan produk itu sendiri yang mensasarkan kepada pengguna remaja.

“Kami dapat lihat potensi Elizabeth untuk pergi lebih jauh dalam industri dan kami merasakan dia sangat sesuai untuk mewakili produk kami kerana populariti dan personalitinya yang bersih daripada cerita-cerita kontroversi.

“Kami memilihnya pun kerana nak keluar daripada kepompong pemikiran orang yang selalu mengatakan kalau produk orang melayu, mesti untuk orang melayu je. Tapi produk kami tidak, ianya boleh digunakan oleh semua bangsa,” katanya ketika majlis pelancaran Magic Red di Lim Kok Wing University, Cyberjaya, di sini hari ini.

magic

Berperanan sebagai duta produk tersebut, Elizabeth yang kini popular dengan lagu Knock Knock akan turun padang ‘menjual’ produk tersebut di kalangan peminat dan pengikutnya.

Bermula Mac ini, waktu hujung minggu penyanyi berusia 22 tahun itu nanti akan dipenuhi dengan siri jelajah Anugerah Bintang Popular 2014 (ABP 2014) yang mana Zarra Sinar Puteri merupakan antara rakan tajaan platinum bagi anugerah tersebut.

Antara kawasan yang bakal ditawan Elizabeth ialah di Sungai Petani, Kedah, Johor Bahru, Johor dan Kuantan, Pahang.

Magic Red merupakan produk penjagaan wajah keluaran syarikat tempatan yang menggunakan teknologi terkini iaitu teknologi NANO yang dapat mengesan dan memperbaiki masalah pada kulit wajah dengan tepat dan berkesan.

Magic Red yang merupakan produk penjagaan wajah ‘4 in 1’ ini dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi antaranya buah badam, avokado dan buah citrus.

Ianya bertindak untuk membersih, menyegar, melembab dan mencerahkan kulit wajah si pemakainya.

lizzy

Sementara itu, Elizabeth menyatakan perasaan terujanya apabila dapat bekerjasama dengan produk keluaran syarikat tempatan yang pastinya dilihat mampu melonjakkan lagi namanya di mata peminat tempatan.

Mengakui kulitnya jenis sensitif namun selepas diteliti hasil kandungan Magic Red, Elizabeth terus yakin untuk mencubanya kerana baginya yang penting sekali produk itu dihasilkan dengan menggunakan 100 peratus bahan-bahan semulajadi.

lizz

“Saya berasa teruja dipilih menjadi duta Magic Red dan saya memilih menggunakannya kerana bahan asas produk ini menggunakan bahan-bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan gred terbaik,” katanya.

Penyanyi berasal dari Kuala Lumpur ini juga enggan mendedahkan jumlah bayaran yang diterimanya sebagai duta produk berkenaan ketika ditanya pihak media.

“Saya tidak boleh beritahu berapa jumlah bayaran yang saya dapat kerana sudah tertulis dalam kontrak sebagai sulit dan persendirian,” katanya sambil tertawa manja.

Dalam perkembangan lain, Elizabeth mengakui kini jadual kerjanya semakin bertambah sibuk lebih-lebih lagi semenjak namanya kini semakin dikenali ramai menerusi lagu Knock Knock ciptaan Faizal Tahir yang sering kali diputarkan di corong radio lewat kebelakangan ini.

Bakal melancarkan single keduanya dalam bulan Mei hadapan, Elizabeth kini juga semakin menjadi rebutan syarikat-syarikat korporat untuk memenuhi undangan persembahan majlis-majlis tertutup dan korporat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

Tags: myArtispenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd